Sila log masuk terlebih dahulu.

Israel dimalukan tahanan Palestin

12 September 2021 07:35am | Masa membaca: 4 minit
Lubang itu terletak berdekatan dengan menara pemerhati dan dinding Penjara Goilboa. -AFP
Lubang itu terletak berdekatan dengan menara pemerhati dan dinding Penjara Goilboa. -AFP
A
A
A

PADA awal pagi waktu tempatan pada Isnin lalu, enam tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di utara Israel.

Berita kejayaan enam tahanan tersebut melarikan diri dari Penjara Gilboa itu kemudian disebarkan oleh media antarabangsa dan persoalan kemudian timbul bagaimana mereka boleh memperdayakan pasukan keselamatan Israel.

Kehilangan keenam-enam individu itu hanya diketahui secara rasmi oleh pihak berkuasa rejim Zionis pada jam 3.29 hingga 4 pagi iaitu beberapa jam selepas mereka berjaya menyelinap keluar dari penjara tersebut.

Ia terbongkar selepas Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) membuat pengiraan bilangan penghuni di Penjara Gilboa pada jam 3.29 pagi dan selepas melihat rakaman video pengawasan pada jam 4 pagi.

Pengiraan itu dibuat setelah seorang pemandu teksi memberitahu polis bahawa dia melihat beberapa orang yang mencurigakan dan memakai pakaian gelap berlari menyeberangi sebatang jalan serta bersembunyi di dalam belukar pada jam kira-kira 1.49 pagi.

Selepas aduan dibuat oleh pemandu teksi itu, sebuah van polis tiba di sebuah stesen minyak di kawaan berdekatan dan melakukan operasi mencari manakala seorang pekerja turut memberitahu kepada anggota pihak berkuasa tersebut bahawa dia melihat kelibat individu yang mencurigakan.

Sehubungan itu, seorang timbalan komander balai polis Beit She'an memberitahu pihak penjara bahawa beliau mengesyaki bahawa satu kejadian melarikan diri dari jel telah berlaku pada jam kira-kira 2.14 pagi.

Setelah mendapat maklumat tersebut, Penjara Gilboa bertindak mengira bilangan penghuni jel itu pada jam 2.15 pagi dan selepas pengiraan dibuat, tiga tahanan didapati telah hilang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Beberapa anggota polis dan wartawan melihat lubang yang digunakan enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa pada 6 September lalu. - AFP
Beberapa anggota polis dan wartawan melihat lubang yang digunakan enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa pada 6 September lalu. - AFP

Pada jam 4 pagi iaitu selepas pihak perkhidmatan penjara itu selesai melihat rakaman video pengawasan, ia kemudian bertindak menghubungi polis bagai memberitahu enam tahanan Palestin telah melarikan diri.

Susulan insiden kejayaan meloloskan diri itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menganggap ia sebagai satu insiden yang serius.

Enam tahanan itu ialah Zakaria Zubeidi, 46, iaitu bekas pemimpin Fatah di Jenin, Tebing Barat.

Lima lagi tahanan ialah anggota Jihad Islam dengan empat daripadanya dilaporkan menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana terlibat dalam kebangkitan penduduk Palestin atau intifadah pada awal tahun 2000-an.

Zakaria ditangkap pada tahun 2019 kerana melepaskan tembakan ke arah dua buah bas Israel di Tebing Barat tetapi kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan serius.

Tahanan lain pula ialah Monadel Yacoub Nafe'at, 26; Yaqoub Qassem, Yaqoub Mahmoud Qadri, 49; Ayham Nayef Kamanji, 35 dan Mahmoud Abdullah Ardah, 46.

Gali lantai

Setakat ini masih tidak jelas bagaimana lelaki-lelaki itu boleh menggali lantai di bilik penjara mereka walaupun terdapat versi cerita bahawa tahanan-tahanan tersebut menggunakan satu sudu yang berkarat untuk berbuat demikian.

Sudu itu dikatakan disembunyikan di belakang poster yang ditampal pada dinding bilik penjara mereka.

Pengawal penjara turut menemui lubang pada bahagian lantai di mana keenam-enam tahanan terbabit ditempatkan.

Lubang yang ditemui di bilik mandi tahanan Palestin di Penjara Gilboa. - AFP
Lubang yang ditemui di bilik mandi tahanan Palestin di Penjara Gilboa. - AFP

Lubang itu menghubungkan mereka dengan sebuah terowong yang menjadi laluan untuk tahanan berkenaan meloloskan diri.

Dalam pada itu, lubang itu menuju ke ruang sempit di bawah penjara tersebut.

Difahamkan, ruang tersebut sebelum ini dibina semasa pembinaan penjara berkenaan pada tahun 2004.

Menurut komander perkhidmatan penjara wilayah utara, Arik Yaacov, kesemua tahanan itu meloloskan diri menerusi lubang yang dikorek di tandas yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud ketika penjara itu dalam pembinaan.

Satu siasatan awal yang dilakukan oleh Penjara Gilboa mendedahkan pada Selasa lalu bahawa kamera pengawasan menunjukkan imej para tahanan tersebut keluar dari terowong berkenaan tetapi tiada seorang pun pengawal penjara yang menyedari perkara itu.

Siasatan awal itu kemudian mendapati bahawa salah seorang pengawal penjara tersebut tidur semasa keenam-enam lelaki Palestin berkenaan melarikan diri.

Enam lelaki tersebut dikatakan memasuki bilik mandi di dalam bilik jel mereka kira-kira jam 1.30 pagi dan mengalihkan objek yang menutup sebuah lubang.

Mereka kemudian masuk ke dalam lubang berkenaan dan merangkak sehingga ke penghujung sebuah terowong sebelum keluar.

Penghujung terowong itu terletak hanya beberapa meter dari dinding penjara tersebut dan berdekatan dengan menara pengawasan.

Ia bukan merupakan kejadian pertama tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara sebaliknya ia telah berlaku beberapa kali.

Pada tahun 1990-an, dua penduduk Palestin berjaya melarikan diri dari Penjara Kfar Yona di Tebing Barat dengan menggali terowong namun kedua-dua tahan berkenaan berjaya ditangkap semula.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Metana bukan sebarang gas
  2. Kisah hidup penyerang Salman Rushdie
  3. Dari Hanruh kepada Wogos
  4. ʻAntara keselamatan negara dan menyiapkan LCS’
  5. Pakar forensik tidak cukup