Sila log masuk terlebih dahulu.

Fasa perjuangan Taliban dalam tempoh 27 tahun

20 September 2021 07:54pm | Masa membaca: 4 minit
Taliban yang ditubuhkan pada 1994 di Kandahar, Afghanistan dianggotai oleh anak muda terdiri daripada golongan pelajar.
Taliban yang ditubuhkan pada 1994 di Kandahar, Afghanistan dianggotai oleh anak muda terdiri daripada golongan pelajar.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Taliban merupakan sebuah gerakan nasionalis Islam yang bertapak di Afghanistan bermatlamat melaksanakan peraturan Islam sepenuhnya, sekali gus mengusir penceroboh dari negara berkenaan.

Gerakan yang ditubuhkan pada 1994 di wilayah Kandahar, Afghanistan itu dianggotai oleh anak muda terdiri daripada golongan pelajar yang menuntut ilmu agama di Pakistan.

Mereka telah disatukan oleh pengasasnya iaitu Mohammed Omar yang bertindak sebagai mullah atau ulamak dan ketua komander pergerakkan tersebut.

Selepas melalui beberapa siri perang saudara, gerakan tersebut akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan Islam di Afghanistan pada 1996.

Bagaimanapun, usaha mereka itu tidak berkekalan apabila Amerika Syarikat (AS) datang menceroboh pada 2001 lalu masuk campur di dalam pentadbiran negara berkenaan.

Namun, Taliban yang bermaksud pelajar dalam bahasa Pashto tidak putus asa, sebaliknya mereka terus berjuang menentang tentera AS di bumi kelahiran mereka itu.

Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil apabila satu demi satu wilayah di Afghanistan berjaya ditawan semula.

Kemaraan anggotanya di segenap wilayah telah memaksa tentera AS berundur dan meninggalkan negara tersebut sepenuhnya pada 30 Ogos 2021 selepas 20 tahun menganggu gugat kedaulatannya yang telah sedia merdeka sejak 1919.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kini, Taliban kembali berkuasa di bumi kelahiran mereka dan membentuk kerajaan baharu berpandukan sepenuhnya peraturan Islam dan undang-undang Syariah.

Kejayaan tersebut berjaya direalisasikan selepas mereka melalui empat fasa perjuangan yang getir dalam tempoh 27 tahun sejak gerakan itu ditubuhkan.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Fuziah terus komited dan tidak akan tinggalkan PKR biarpun kalah
  2. Keluhan kos hidup di Australia
  3. Laksana TVET waktu Tingkatan 1, bukan Tingkatan 4
  4. Semua pihak perlu bersepadu berjihad
  5. Lebih ramai mungkin berakhir jumpa ah long