Sila log masuk terlebih dahulu.

Ramai mati sebab paru-paru ‘mengeras’

[MULTIMEDIA] Bulan Ogos 2021 merupakan bulan terburuk bagi Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda negara apabila purata kes harian di negara ini melebihi 20,000 kes, dengan kes harian tertinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos lalu.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah sementara menunggu Covid-19 menjadi endemik di negara ini, masih ramai yang terkorban termasuklah golongan muda kerana wabak pembunuh itu.

Jumlah kematian sebenar pada hari Khamis, 16 September sahaja seramai 107 orang.

Mungkin ramai yang sudah lali dengan penyakit Covid-19, namun adakah kita mengetahui bagaimana sebenarnya Covid-19 meragut nyawa pesakit dan bagaimana ia mula merebak ke seluruh tubuh badan lantas merosakkan organ dalaman?

Radang paru-paru

Kar Seng yang juga pegawai kesihatan di wad ICU Hospital Sungai Buloh sejak wabak itu melanda negara berkata, jangkitan dan radang paru-paru adalah punca utama ramai yang mati akibat Covid-19.

“Kebanyakan pesakit Covid-19 mengalami radang paru-paru dan apabila radang ini menular, paru-paru akan menjadi ‘fibrosis’ dan lebih keras. Kebanyakan pesakit yang menggunakan mesin bantuan pernafasan lebih dari seminggu, mereka mudah untuk mendapat jangkitan berikutnya (secondary infection) daripada bakteria lain.

“Oleh kerana tiub saluran udara diletakkan pada saluran pernafasan pesakit, sistem pertahanan dalam badan mereka akan dilemahkan di mana pesakit tidak dapat batuk dan memerlukan sedutan kahak setiap tiga jam,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Gambaran paru-paru (CT scan) menunjukkan pesakit wanita Covid-19 yang baru bersalin 3 minggu lalu. Pesakit itu berada di ICU selama satu bulan dan gambaran putih di bahagian paru-parunya menunjukkan radang paru-paru.
Gambaran paru-paru (CT scan) menunjukkan pesakit wanita Covid-19 yang baru bersalin 3 minggu lalu. Pesakit itu berada di ICU selama satu bulan dan gambaran putih di bahagian paru-parunya menunjukkan radang paru-paru.