Sila log masuk terlebih dahulu.

[EKSKLUSIF] Penerangan RUU 355 secara besar-besaran

25 September 2021 07:56am | Masa membaca: 4 minit
Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika wawacara eksklusif bersama Sinar Harian di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Putrajaya pada Jumaat. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika wawacara eksklusif bersama Sinar Harian di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Putrajaya pada Jumaat. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Program penerangan secara besar-besaran mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 kepada masyarakat majmuk di negara ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan masyarakat khususnya bukan Islam memahami dengan lebih jelas undang-undang yang hanya terpakai untuk orang Islam apabila ia dilaksanakan kelak.

Menurutnya, usaha untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah dengan melaksanakan RUU355 itu ‘terbantut’ kerana masih ramai tidak faham undang-undang yang ingin diperkenalkan itu.

“Insya-ALLAH kita akan buat satu program besar supaya kita mampu menerangkan kepada masyarakat majmuk negara kita. Jadi, (hingga) tahap mana yang kita mampu laksanakan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita serah kepada ALLAH SWT.

“Kalau rakyat kita cepat menguasai bidang ini, dia (masyarakat) boleh faham dengan baik, Insya-ALLAH lajulah prosesnya nanti.

“Jadi, sebab itu apabila kita bincang masalah RUU355, pertamanya saya ingin betulkan persepsi dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Masyarakat bukan Islam jangan menganggap RUU355 yang diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini akan menyekat kebebasan mereka. Tidak sebenarnya.

“RUU355 ini adalah satu peraturan, satu syariat yang ALLAH wajibkan ia dikuatkuasakan dalam kalangan umat Islam sahaja. Ia tidak membabitkan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam wawacara eksklusif bersama Sinar Harian di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di sini pada Jumaat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

No Image Caption

SIKAP TERBUKA

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, beliau yakin dengan sikap terbuka dan penerimaan baik rakyat terhadap Ismail Sabri akan melancarkan lagi usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Justeru katanya, penjelasan yang akan dibuat itu nanti juga diharap akan meredakan segala kekeliruan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam itu.

“Saya kira ia mampu meredakan segala-segalanya (kekeliruan) sebab benda ini sebenarnya perkara yang tidak ada apa-apa sebab ia hanya membabitkan orang Islam dan membabitkan penguatkuasaan.

“RUU ini sebenarnya untuk melahirkan umat Islam yang hebat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak disokong,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Pasir Puteh itu turut menggesa agar semua ahli Parlimen menyokong pelaksanaan RUU355 apabila ia dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

“Saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memaklumkan akan semak, teliti dan Insya-ALLAH dengan izin ALLAH SWT, RUU355 ini akan dibawa ke Parlimen dan saya mengharapkan semua ahli Parlimen Islam atau bukan Islam supaya menyokong.

“Sebab orang bukan Islam tiada sebab untuk tidak menyokong sebab benda ini tidak melibatkan mereka,” katanya.

Pada 13 September, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan sedang mendraf RUU 355.

Katanya, selepas ia dimuktamadkan, RUU tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan