Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes kemalangan kenderaan lawan arus semakin serius

29 September 2021 07:24pm | Masa membaca: 4 minit
Sejumlah 807 kemalangan melibatkan kenderaan melawan arus direkodkan sejak Januari lalu.
Sejumlah 807 kemalangan melibatkan kenderaan melawan arus direkodkan sejak Januari lalu.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Kes kemalangan jalan raya melibatkan kesalahan pemanduan kenderaan melawan arus nampaknya semakin kerap berlaku di negara kita.

Insiden tersebut dilihat semakin serius apabila jumlahnya dilaporkan mencecah tingga angka dalam tempoh tidak sampai setahun pada 2021.

Lebih buruk, kes tersebut turut menyebabkan kehilangan nyawa ramai pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sejumlah 807 kemalangan melibatkan kenderaan melawan arus direkodkan sejak Januari lalu.

Daripada jumlah tersebut, kes maut direkodkan sebanyak 29, cedera parah (17), nahas jalan raya ringan (49) dan kes membabitkan kerosakan (712), katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dikenal pasti menjadi punca utama berlakunya insiden kesalahan pemanduan melawan arus itu.

Memandu melebihi had laju, memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, tidak fokus serta tidak mematuhi peraturan jalan raya adalah antara punca utama kejadian tersebut, tambahnya.

Justeru, Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa langkah bagi membendung perkara tersebut daripada berterusan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Henti sementara teroka bukit
  2. Mahu hukuman lebih tegas dikenakan
  3. Tidak memadai hanya nafi
  4. Impian tercapai dapat tunai haji tahun ini
  5. UMNO tanpa Najib