Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa itu Pandora Papers?

07 Oktober 2021
Kertas Pandora merupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing.
Kertas Pandora merupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Minggu ini, isu Pandora Papers atau Kertas Pandora menjadi tajuk utama akhbar-akhbar antarabangsa.

Banyak nama-nama terkenal didakwa terlibat dengan pendedahan dokumen yang menyimpan rahsia kekayaan tersembunyi dan aktiviti elak cukai itu.

Antara yang menjadi sorotan utama pendedahan berkenaan ialah pemilikan lebih 1,500 aset di United Kingdom (UK) dengan menggunakan penyedia perkhidmatan dikenali sebagai ‘offshore’.

Di samping itu, pendedahan tersebut turut menyenaraikan beberapa nama individu berpengaruh dunia yang mengelak cukai.

Namun, apakah sebenarnya Kertas Pandora yang heboh diperkatakan itu? Kertas Pandora merupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan ‘offshore’.

Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, mempunyai rangkaian dan struktur yang kompleks diwujudkan merentasi sempadan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang dan asset.

Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan, ratusan pemimpin dunia, ahli politik berpengaruh, bilionaire, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah telah menyembunyikan kekayaan mereka sejak 25 tahun lepas.

Mereka didakwa melakukan pelaburan dalam bidang hartanah eksklusif dan aset lain termasuk kapal layar.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Atas sebab itu, pendedahan tersebut dinamakan sebagai Kertas Pandora kerana ia membuka dokumen sulit berkaitan urusan terdahulu golongan elit dan korup yang menggunakan akaun syarikat luar untuk menyembunyikan aset bernilai ratusan trillion ringgit.

Pendedahan Kertas Pandora dilakukan oleh ICIJ yang mana siasatan berkaitan dokumen tersebut diketuai oleh media dari United Kingdom iaitu BBC Panorama dan Guardian.

Kertas laporan tersebut didedahkan kepada umum pada Ahad lepas menerusi laman web ICIJ selepas lebih sebulan menganalisis dokumen diperoleh.

Menurut laporan ICIJ, siasatan Kertas Pandora mendedahkan bagaimana bank dan firma guaman bekerjasama dengan 'offshore' untuk menghasilkan struktur syarikat korporat yang kompleks.

“Data diperoleh menunjukkan penyedia perkhidmatan 'offshore' tidak mengenali pelanggan. Mereka akan memastikan tidak berurusan dengan golongan yang banyak mengutarakan soalan,” dakwa ICIJ.

Dakwanya lagi, data diperoleh turut mendedahkan bagaimana penyedia amanah Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan ke atas undang-undang sesebuah negeri yang mempromosikan kerahsian bagi membantu pelanggan dari luar negara menyembunyikan kekayaan mereka untuk mengelak cukai di negara masing-masing.

ICIJ menjelaskan, data Kertas Pandora mengandungi maklumat passport, kenyataan bank, pengisytiharan cukai, rekod syarikat, kontrak hartanah dan soalan wajar.

“Kami mengambil masa lebih setahun untuk mengkaji, mengalisis dan menyusun semula fail berjumlah 11.9 juta ini.

“Kerja-kerja tersebut melibatkan tiga elemen utama iaitu wartawan, teknologi dan masa,” tambahnya.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Larangan perhimpunan, kempen fizikal PRN Melaka 'canggung dan pelik'
  2. Perlu buka akaun CDS, Bank sebelum melabur
  3. Insentif teknologi hijau domestik
  4. Kadar PGK pasca Covid-19 perlu ditangani
  5. Perkenal semula skim bantuan niaga untuk OKU
default