Sila log masuk terlebih dahulu.

UMNO tumbangkan UMNO

09 Oktober 2021 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BINGUNG rakyat Melaka jadinya apabila kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri daripada UMNO dijatuhkan oleh antara lain, mantan Ketua Menteri yang juga daripada UMNO.

Khabarnya dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO terlibat sama.

Seorang lain ialah mantan ADUN DAP yang sekarang jadi wakil Bebas.

Mantan KM Melaka bagi alasan pemimpin negeri bolot projek.

Tapi bukankah lebih baik dibuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada mengambil tindakan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat?

Yang peliknya pada peringkat pusat berlaku kestabilan politik dengan termeterainya MOU antara kerajaan Tuk Seri Ismail Sabri dengan pembangkang.

Tapi tak ada siapa yang duga ada pergolakan besar di Melaka pula.

Dua hari lepas timbul pula cerita lima ADUN Melaka menghantar surat ke Istana Negara bagi memohon Pemangku Yang di-Pertuan Agong menarik balik pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Hal ini diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Datuk Shamsul Iskandar Md Akin.

Beberapa orang ADUN khabarnya bertemu dengan Tuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu.

Shamsul juga anggap cadangan Tuk Seri Zahid Hamidi agar diisytihar darurat di negeri itu “separuh masak.”

Awang sebetulnya sokong sebarang tindakan agar tidak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kita kena belajar daripada PRN Sabah yang buatkan kes jangkitan Covid-19 melambung.

Inikah yang dimahukan oleh mereka yang mencetuskan krisis politik negeri itu?

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. GEG: Jangan sekadar akta tanpa kuat kuasa
  2. PH perlu terbuka kerjasama dengan UMNO jika...
  3. Isu LCS beri imej buruk kepada negara: ABIM
  4. Belum setanding produk luar negara
  5. Perlukah keluarkan duit saham ketika kegawatan?