Sila log masuk terlebih dahulu.

Melabur atau melebur

11 Oktober 2021
(Gambar kecil: Mohd Asri.)
(Gambar kecil: Mohd Asri.)
A
A
A

SEBUT sahaja tentang pelaburan, ada individu yang akan rasa sangat teruja, namun ada juga yang mempunyai perasaan takut dan fobia. Bagi yang teruja mungkin sedang mengecapi keuntungan ataupun teruja melihat orang sekeliling peroleh keuntungan.

Bagi yang takut dan fobia pula, mungkin pernah melebur dan kerugian ataupun hanya dengar-dengar cakap orang tentang salah faham berkaitan pelaburan.

Cara kenalpasti ‘scam’ pelaburan

‘Scam’ pelaburan ataupun skim pelaburan palsu masih terus berleluasa sehingga hari ini. Ramai yang telah terpedaya, terjebak dan terkena dari pelbagai latar belakang kehidupan termasuk daripada golongan profesional seperti pensyarah, doktor, peguam malah juga yang mempunyai kerjaya yang hebat terpedaya dengan penipuan skim ponzi ini.

Taktiknya kekal sama walaupun sudah berpuluh-puluh tahun wujud di negara kita. Masing-masing cuba untuk mengambil jalan pintas untuk buat duit dengan cepat.

Antara janji-janji yang ditaburkan pakej pasti melebur ini adalah pasti memberikan pulangan yang tetap, pelaburan yang tidak akan rugi, janji untung semata-mata, kadar pulangan yang besar, modal mengikut harga pakej dan tiada pemantauan dari mana-mana pihak berkuasa.

Pelaburan betul pasti ada risiko

Belajarlah daripada inspirasi Nabawi bahawasanya dalam setiap risiko dan krisis akan wujud ruang serta peluang yang boleh dikecapi.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kaedah fiqh ada menyebutkan, ‘Al-Ghurmu bil Ghunmi’ yang bermaksud, kerugian atau risiko berkadar langsung dengan keuntungan dan ‘Al-Kharaj Bi al-Dhaman’ yang bermaksud keuntungan hendaklah setimpal dengan liabiliti.

Ini merupakan konsep yang hebat dalam sistem perniagaan dalam Islam. Risiko adalah sesuatu yang tidak akan dipisahkan daripada kehidupan, dalam masa yang sama peluang juga wujud bagi mengimbangi keadaan.

Dalam pelaburan pula, risiko adalah potensi kerugian yang wujud. Namun begitu, dengan ilmu yang betul, kita boleh mengurus dan mengawal risiko tersebut.

Contohnya jika kita teruja untuk melabur bagi mendapat pulangan yang baik dalam tempoh setahun, kita juga perlu bersedia dengan kebarangkalian pelaburan itu tidak menjadi ataupun menanggung kerugian mengikut kadar yang kita tetapkan.

Semak dahulu, jangan tertipu

Sebelum terlibat dengan apa-apa jenis pelaburan, pastikan anda telah membuat kajian dan semakan terhadap pelaburan yang ditawarkan.

Anda boleh menghubungi atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mendapatkan maklumat mahupun senarai pelaburan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Sekuriti mengawal selia dan penguatkuasaan undang-undang aktiviti pasaran sekuriti. Bank Negara pula merupakan organisasi mengawal selia aktiviti bank komersial.

Sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan terus laporkan kepada pihak berkuasa supaya tidak ada yang menjadi mangsa!

* Mohd Asri Ahmad ialah Mentor Pelaburan Saham Syariah

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Larangan perhimpunan, kempen fizikal PRN Melaka 'canggung dan pelik'
  2. Perlu buka akaun CDS, Bank sebelum melabur
  3. Insentif teknologi hijau domestik
  4. Kadar PGK pasca Covid-19 perlu ditangani
  5. Perkenal semula skim bantuan niaga untuk OKU
default