Sila log masuk terlebih dahulu.

Adakah cukai durian runtuh wajar dilaksanakan...

11 Oktober 2021
No Image Caption
A
A
A

SETIAP kali sebelum pembentangan bajet, pastinya pelbagai pendapat dan saranan disuarakan sama ada melibatkan individu ataupun korporat.

Antara topik yang pastinya menarik perhatian ramai ialah pemansuhan cukai, pengurangan cukai atau sebaliknya cukai baharu yang bakal diumumkan bagi sektor tertentu.

Namun apa yang mendapat perhatian ramai, sejak kebelakangan ini ada saranan agar cukai berkala dikenakan pada golongan kayangan atau lebih mudah difahami 'cukai durian runtuh' khususnya membabitkan korporat.

Apakah ini dapat direalisasikan memandangkan rata-rata golongan kayangan ini, mereka yang mempunyai kepentingan dalam sektor tertentu dan boleh dikatakan mempunyai rangkaian kukuh dalam rantaian ekonomi negara.

Bagi bekas tokoh perbankan tempatan Datuk Seri Nazir Razak, pihaknya melihat sudah tiba masanya kerajaan mereformasikan dasar percukaian negara termasuk mengenakan cukai durian runtuh.

Walaupun beliau sendiri mengakui mendapat bantahan dan kurang senang daripada golongan kayangan mengenai cadangan cukai durian runtuh ini.

Jelasnya, reformasi dasar cukai negara perlu, bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara malah ia juga dilihat dapat mengimbangi kadar defisit negara yang kini mencecah hampir 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebelum itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai berkenaan demi membantu meningkatkan kewangan negara.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Malah secara terus terang menyatakan sektor perbankan dan kilang pengeluar sarung tangan meraih keuntungan berlipat kali ganda ketika pandemik Covid -19 ini.

Untuk itu kerajaan sewajarnya mengenakan cukai ke atas sektor berkenaan.

TIDAK POPULAR

Bagaimana pun terdapat pakar ekonomi mengatakan pelaksanaan cukai berkenaan akan merugikan sesetengah sektor dan lebih terkesan ialah sektor perbankan di Malaysia.

Ini kerana sebahagian daripada mereka adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tersenarai di Bursa Malaysia.

Dan kebanyakan ekuiti mereka terlibat dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Dalam pada itu, pengenalan cukai itu dilihat tidak popular kerana ini akan menjejas usaha menarik pelabur langsung asing (FDI), khususnya yang baharu hendak melabur di negara ini.

Saranan memperkenalkan cukai berkenaan, bukanlah sesuatu yang baru. Malah kerajaan pernah melaksanakan ketika Krisis Kewangan 1998.

Pada tahun 2008, cukai sekali gus 30 peratus dikenakan ke atas pengembalian aset melebihi sembilan peratus bagi pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pada bulan Januari tahun lalu, cukai seumpana itu dikenakan kepada pengeluar minyak sawit setiap kali harga minyak sawit melebihi RM2,500 satu tan.

Bagi penganalisis, cadangan pelaksanaan cukai durian runtuh merupakan langkah jangka pendek kerana terdapat syarikat yang mencatat keuntungan tidak konsisten dan bermusim.

Walau apa pun pendapat atau saranan, ada pihak berpendapat kerajaan dilihat lebih cenderung melaksanakan cukai terhadap kumpulan terbesar walaupun kadar peratusan kecil berbanding cukai khas kepada golongan minoriti atau kayangan.

Dan lebih utama, menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kerajaan akan menumpukan kepada melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi bagi meningkatkan pendapatan cukai negara.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Larangan perhimpunan, kempen fizikal PRN Melaka 'canggung dan pelik'
  2. Perlu buka akaun CDS, Bank sebelum melabur
  3. Insentif teknologi hijau domestik
  4. Kadar PGK pasca Covid-19 perlu ditangani
  5. Perkenal semula skim bantuan niaga untuk OKU
default