Sila log masuk terlebih dahulu.

Bukan canggung atau pelik

27 Oktober 2021 06:57am | Masa membaca: 4 minit
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
A
A
A

BUKANLAH Awang nak pertahankan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam isu larangan berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Tapi Awang rasa kenyataannya wajar dan tidak canggung atau pelik.

Awang faham mengapa mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang juga mantan Naib Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman tegur KJ.

Kata beliau tak sepatutnya KJ yang buat kenyataan larangan berkempen. Sepatutnya SPR yang buat. Kata Ab Rashid lagi, KJ nampaknya mendahului SPR dalam mengumumkan SOP mengenai berkempen di PRN Melaka.

Jikalau Awang pada kedudukannya pun Awang akan buat apa yang KJ buat.

Kita jangan lupa pengalaman PRN Sabah. Selepas PRN Sabah angka jangkitan Covid-19 begitu mendadak sekali. Selepas itu kita tak nampak penurunan angka jangkitan sehinggalah sebulan yang lalu.

Pengalaman itu memang menakutkan rakyat. Oleh sebab itu rakyat fobia dengan pilihan raya. Mereka tak mahu apa yang berlaku di Sabah berulang semula.

Memang Awang setuju dengan Ab Rashid, kerajaan tak boleh kawal ketat kempen dalam mana-mana pilihan raya. Parti politik juga perlu berkempen dengan turun ke padang.

Begitu juga calon-calon pilihan raya. Tapi sekiranya dibenarkan berkempen, apakah orang politik akan patuh pada SOP? Apakah boleh kita jamin tidak akan berlaku lonjakan angka jangkitan selepas itu?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Cari Speaker yang lain
  2. Masa untuk bekerja
  3. [INFOGRAFIK] Pemimpin Islam masih dominasi Kerajaan Perpaduan
  4. China akur desakan protes anti-lockdown
  5. Merealisasikan kabinet harmoni