Sila log masuk terlebih dahulu.

Pilihan baharu dari Sabah?

06 November 2021 07:57am | Masa membaca: 4 minit
Mohd Shafie
Mohd Shafie
A
A
A

AWANG ikuti wawancara Sinar Harian dengan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Rabu lalu.

Soalan pertama Tan Sri Johan Jaaffar adalah apakah betul jikalau Mohd Shafie calon tunggal pembangkang Ogos lalu, besar kemungkinan beliau jadi Perdana Menteri kesembilan hari ini.

Mohd Shafie membayangkan beliau punya lebih sokongan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, di antara sokongan terhadapnya datang dari empat orang ahli Parlimen UMNO.

Oleh sebab itu nampaknya Mohd Shafie yakin dengan kekuatannya. Yakin sangat beliau sampaikan nak bawa parti Warisan bertapak di Semenanjung.

Awang bukanlah pakar politik. Tapi Awang sedar Mohd Shafie bukan calang-calang orang.

Beliau adalah tokoh Sabah yang pertama dan satu-satunya yang pernah jadi Naib Presiden UMNO.

Masa itu beliau berada pada kedudukan kedua, di bawah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan di atas Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Nampaknya akan bertambah sebuah lagi parti politik di Semenanjung, macam kata Johan dalam gelanggang yang semakin sesak.

Kata Mohd Shafie jikalau UMNO, Bersatu, PKR, Pas dan DAP boleh masuk ke Sabah, tidak ada sebab Warisan tidak boleh ke Semenanjung.

Awang hormati keyakinan beliau dalam soal ini. Sama ada beliau boleh sediakan tapak dan jentera pada peringkat akar umbi satu hal yang lain.

Bagi parti baharu, hal itu memang sukar. Kita tengoklah nanti apa yang akan berlaku.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Lebih mudah berambut pendek
  2. Peguam enggan berhujah, Najib mungkin dijatuhi hukuman Selasa?
  3. Tembelang Presiden Ukraine terbongkar
  4. Fahami perubahan budaya politik
  5. Bercerita tentang adil