Sila log masuk terlebih dahulu.

Orang Melaka bimbang kalau kes Covid-19 meningkat semula

08 November 2021 08:37am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

MEMANG ‘panas’ hati orang Melaka apabila politik negeri itu bergolak sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan untuk beri laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kita semua sedang dalam proses untuk pulih semula daripada bahana pandemik Covid-19 yang menyaksikan 96 peratus rakyat di negara ini sudah mendapat vaksin dan jumlah kes semakin menurun.

Rata-rata melahirkan rasa bimbang kes akan meningkat semula disebabkan oleh PRN Melaka.

Cencalok memang berharap sangat supaya semua pihak main peranan penting untuk jaga prosedur operasi standard (SOP).

Kalau ikutkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kita di ambang kejayaan menangani Covid-19. Semoga apa yang beliau cakap itu jadi kenyataan.

Difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan umumkan SOP untuk PRN Melaka hari ini dan kita berharap agar ia dipatuhi semua pihak.

Jika dilihat sebelum penamaan calon memang sudah banyak pelanggaran SOP dibuat oleh parti-parti politik yang bakal bertanding.

Kita amat bimbang SOP ini nanti tidak dipatuhi, maklumlah semua pihak hendak menang pilihan raya jadi macam-macam cara digunakan untuk mencapai tujuan. Satu daripada langkah yang bakal diambil ialah dengan mengadakan sekatan jalan raya oleh pihak polis bagi memastikan individu yang tidak lengkap vaksin memasuki Melaka.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Cencalok amat sokong langkah yang bakal diambil ini memang tepat untuk menjaga nyawa rakyat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kena buat ketetapan kerana seseorang itu mempunyai hak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi walaupun dia belum divaksin.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Anwar lawan Azmin di Gombak?
  2. 17 hari kehilangan Rosnazirah
  3. Siapa untung dan rugi ekoran apabila dolar AS kukuh?
  4. Apa status sebenar permohonan batal Final Award?
  5. Daftar pemilih SPR jadi rujukan sampel kaji selidik