Sila log masuk terlebih dahulu.

Belum terlambat baiki bahasa Melayu

09 November 2021 07:18am | Masa membaca: 4 minit
Hui Ying (kanan) membuat penjelasan menerusi video pada Isnin.
Hui Ying (kanan) membuat penjelasan menerusi video pada Isnin.
A
A
A

LANGKAH kem Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedikit sumbang apabila tular satu video seorang calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying tidak fasih berbahasa Melayu.

Video itu mendapat kecaman daripada netizen yang mempersoalkan kredibiliti calon daripada MCA yang berusia 29 tahun itu sekiranya dia memenangi kerusi tersebut.

Cencalok difahamkan calon terbabit akan bertanding di DUN yang terdiri daripada pengundi Melayu.

Bagaimanapun, kem BN bertindak pantas dengan menyebarkan satu klip video daripada calon terbabit yang mengatakan dia sebenarnya mampu berbahasa Melayu dengan baik.

Mungkin dia agak gugup kerana pertama kali bertemu dengan wartawan selepas dipilih sebagai calon.

Namun sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan dari Shih Hsin University, Taiwan, dia sepatutnya mampu untuk menjawab soalan wartawan dengan baik.

Bagi Cencalok, ramai lagi wakil rakyat yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Yang penting jika dia menang pilihan raya, dia menjadi seorang wakil rakyat yang bersih, berintegriti dan mampu menjaga kawasan dengan baik.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pesanan Cencalok kepada Hui Ying, dia masih ada masa untuk belajar memperbaiki kemampuan untuk berbahasa Melayu dengan baik jika mahu terus mendaki dalam dunia politik di negara ini.

Cencalok juga kadangkala tersasul apabila berbicara, perkataan ‘besar’ selalunya Cencalok sebut ‘besau’.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Bahasa kebangsaan dan kekuatan politik Melayu
  2. Atasi isu rumah strata di Malaysia
  3. Tidak perlu tutup semua taska
  4. Mengapa Shah tidak ikut U-Wei ?
  5. Sediakah parti dedah siapa penaja duit politik?