Sila log masuk terlebih dahulu.

Kuasa rakyat Melaka

Masa untuk rakyat Melaka memilih pemimpin amanah dan bertanggungjawab

11 November 2021 | Masa membaca: 4 minit
PRN Melaka menyaksikan pertembungan sehingga enam penjuru antara calon Parti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.
PRN Melaka menyaksikan pertembungan sehingga enam penjuru antara calon Parti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki hari kempat pada Khamis.

Walaupun suasananya dilihat suram tanpa ceramah dan perhimpunan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketat Covid-19, namun ia tidak menghalang calon mengambil hati rakyat menggunakan kreativiti masing-masing dengan bergantung kepada teknologi.

Kini, rakyat Melaka mempunyai masa sekurang-kurangnya lapan hari lagi untuk memangkah siapakah calon pilihan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Biarpun terpaksa mengundi dalam suasana norma baharu hidup bersama Covid-19, namun ia tidak menghalang mereka untuk memilih calon, sekali gus meletakkan kembali Melaka dalam keadaan politik yang stabil.

Pilihan sudah pasti telah berada di tangan mereka, cuma masa sahaja yang akan menentukan siapakah akan bergelar pemenang di kerusi ditandingi.

Semoga kuasa diberikan kepada rakyat Melaka untuk memilih pemimpin digunakan sebijak mungkin pada 20 November ini agar negeri itu dapat ditadbir kembali dengan baik.

Pastikan mereka yang dipilih itu berintegriti, amanah dan bertanggungjawab serta mampu membela bangsa agama dan negara, sekali gus membawa Melaka ke arah kesejahteraan sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Kes Zahid tak jadi kudis, BN diramal menang 40 kerusi
  2. [MULTIMEDIA] Dua tahun Covid-19: Di mana kita berada sekarang?
  3. Letak jawatan atau tidak, politik Malaysia memang aneh
  4. Pengenalan cukai durian runtuh idea 'bahaya'
  5. PRN Johor indikator hala tuju semua parti