Sila log masuk terlebih dahulu.

Sembilan pesawat Hawk terhempas sejak 1996

17 November 2021
Hawk MK108 merupakan pesawat pejuang latihan manakala Hawk MK208 pula merupakan pesawat pejuang ringan.
Hawk MK108 merupakan pesawat pejuang latihan manakala Hawk MK208 pula merupakan pesawat pejuang ringan.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Malam tadi, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila seorang pejuang negara terkorban selepas pesawat Hawk MK108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang sekitar jam 10 malam.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang lagi juruterbang sedang menjalani latihan penerbangan (night flying).

Bagaimanapun, seorang lagi juruterbang selamat dan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya.

Insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas direkodkan berlaku sejak 1996 lagi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak sembilan buah pesawat tersebut telah terhempas sejak diperoleh pada 1994.

Daripada jumlah tersebut, enam daripadanya ialah Hawk MK108 manakala selebihnya sebanyak tiga ialah Hawk MK208.

Hawk MK108 merupakan pesawat pejuang latihan manakala Hawk MK208 pula merupakan pesawat pejuang ringan.

Kedua-dua pesawat tersebut yang dianggarkan berusia 27 tahun itu dibeli oleh Malaysia dari United Kingdom.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Pejuang-Amanah jika gabung mampu raih undi
  2. Pastikan kerajaan lunaskan janji
  3. Tolak konspirasi cetuskan kebencian
  4. Negara kaya bolot vaksin punca kemunculan Omicron?
  5. Kos kelengkapan kahwin turut terkesan