Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa lagi kita ada selain Hawk?

Malaysia mempunyai dua lagi pesawat pejuang iaitu Su-30MKM dan F/A-18D, menurut laporan World Airforce 2021.

18 November 2021
Salah satu pesawat pejuang dimiliki Malaysia dan masih aktif digunakan ialah SU-30MKM.
Salah satu pesawat pejuang dimiliki Malaysia dan masih aktif digunakan ialah SU-30MKM.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Selepas insiden pesawat pejuang Hawk MK108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Butterworh, Pulau Pinang pada malam Selasa, wujud pelbagai teka-teka tentang aset ketenteraan negara itu.

Salah satunya ialah adakah kita masih bergantung kepada pesawat Hawk yang diperoleh pada 1994 itu? Ini kerana pesawat tersebut sama ada Hawk MK108 ataupun Hawk MK208 sudah mencecah usia hampir 30 tahun dan telah lama berkhidmat dengan TUDM.

Berdasarkan laporan World Airforce 2021 yang diterbitkan oleh Flight Global, Malaysia mempunyai dua lagi pesawat pejuang selain Hawk 208 iaitu Su-30MKM dan F/A-18D.

Su-30MKM merupakan jet pejuang pelbagai peranan (multi-role fighter) buatan Rusia yang dikeluarkan oleh JSC Sukhoi Company.

Pesawat pejuang tersebut dilaporkan ditempah oleh negara pada 2003 dan diterima secara rasmi pada 2007.

Sementara F/A-18D pula ialah pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat yang dikeluarkan Boeing.

Pesawat pejuang yang tersenarai dalam legasi Hornet itu mula diperoleh secara berperingkat dari Mac hingga Ogos 1997.

Macam juga Hawk MK208, Hornet milik Malaysia itu pernah digunakan untuk menggempur pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bagaimanapun, aset ketenteraan milik negara kita tidak hanya tertumpu pada pesawat pejuang.

Pada masa sama, Malaysia turut mempunyai helikopter penggempur dan pesawat tanpa pemandu.

Cumanya jumlah pesawat penggempur dimiliki negara kita tidak sebanyak negara kesatuan ASEAN lain.

Berdasarkan, laporan World Airforce 2021, negara jiran terhampir kita iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura masing-masing dilaporkan mempunyai lebih 70 pesawat pejuang.

Di samping itu, terdapat juga beberapa negara kesatuan ASEAN yang langsung tidak mempunyai pesawat pejuang.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai lebih kurang 105 pesawat pejuang.

Namun, kesemua pesawat tersebut telah diklasifikasikan sebagai bersara kerana masalah usia dan teknikal.

Antara pesawat pejuang yang pernah digunakan Malaysia ialah MiG-29, Skyhawk, Northrop F-5 dan CAC Sabre.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. UMNO dan Pas kini umpama pasangan suami isteri yang 'bercerai talak tiga'
  2. Sekolah perlu cari maklumat pelajar tercicir - Alimuddin
  3. Gandakan bantuan ekonomi kepada B40
  4. Tak mampu sediakan pengangkutan anak ke sekolah
  5. Empat anak dah lima tahun tak sekolah