Sila log masuk terlebih dahulu.

Pilihlah calon yang bersih

20 November 2021 07:44am | Masa membaca: 4 minit
Foto fail Bernama
Foto fail Bernama
A
A
A

AWANG doakan rakyat Melaka akan pilih calon yang betul dalam PRN ini. Tolaklah mereka yang tak berintegriti dan rasuah. Atau jika mereka didokong oleh orang-orang yang terang-terang tak amanah.

Memang cakap pasal nak hapuskan rasuah senang. Lidah tak bertulang kata orang, tapi kenyataannya lain.

Negara ini dapat nama buruk oleh sebab macam-macam skandal rasuah dan salahguna kuasa. Puncanya pemimpin yang kita beri amanah tak jalankan amanah itu.

Khabarnya apa yang berlaku di Melaka hari ini akan jadi contoh pilihan raya yang lebih besar kelak.

Oleh sebab itu, kita harap mereka yang betul dipilih. Kita tak mahu berlaku lagi ketirisan dan kebocoran wang rakyat. Kos rasuah sangat tinggi harganya. Bayangkan berbilion ringgit yang hilang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Setiap kali pilihan raya semua calon berjanji akan jadi bersih apabila dipilih. Tapi apabila berada di tampuk kuasa macam-macam berlaku. Jangankan peringkat persekutuan, peringkat negeri yang kecil macam Melaka pun kita dengar macam-macam cerita.

Hal pasir tak habis-habis sampai sekarang. Siapa yang buat duit dari pada pasir? Bagaimana tentang nasib nelayan dan rakyat yang lain? Awang harap rakyat Melaka sokong #RasuahBusters untuk tolak rasuah sampai ke akar umbi. Jangan dengar janji manis, tapi ukur prestasi dan bukti mereka yang berjanji juga.

Negara sedang memerhatikan bagaimana orang Melaka memilih pemimpin!

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Sabtu penentu pendirian muktamad Pas?
  2. Parti politik perlu ‘zon bebas ego’
  3. Kit Siang, Wan Azizah mungkin berehat?
  4. Syarat Puteri Gunung Ledang
  5. Utamakan sekuriti makanan dalam Bajet 2023