Sila log masuk terlebih dahulu.

Perjalanan sukar penduduk Palestin menuju Mesir

23 November 2021
Penduduk Palestin terpaksa menempuh pemeriksaan yang ketat di Lintasan Rafah untuk menuju ke Mesir. - Foto AFP
Penduduk Palestin terpaksa menempuh pemeriksaan yang ketat di Lintasan Rafah untuk menuju ke Mesir. - Foto AFP
A
A
A

SEORANG penduduk Gaza, Mustafa al-Sawaf pernah mengkritik di alam maya tentang kepayahan penduduk Palestin untuk meninggalkan wilayah yang dijajah Israel untuk pergi ke Mesir.

Beliau juga mengkritik tindakan syarikat-syarikat dari Mesir yang cuba mengaut keuntungan daripada penduduk Palestin yang menggunakan satu-satunya laluan untuk menuju ke luar dari wilayah tersebut.

Menurut Sawaf yang juga seorang penganalisis politik, beliau diberitahu oleh seorang pemanggil telefon daripada seorang petugas di Lintasan Rafah bahawa urusan kemasukan ke Mesir merupakan satu subjek yang sensitif untuk negara tersebut.

Ia juga melibatkan perjalanan sejauh 380 kilometer ke Kaherah dari Rafah dengan merentasi gurun di Semenanjung Sinai yang menjadi lokasi tentera Mesir menentang kumpulan dari Daesh.

Pihak berkuasa Mesir juga mengawal pos-pos pemeriksaan dan melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam.

PERKHIDMATAN VIP

Aduan yang kerap didengari di Gaza ialah acap kali bas-bas akan menempuh satu perjalanan yang sukar menyebabkan pengendali-pengendali pengangkutan menyediakan perkhidmatan 'VIP' iaitu layanan 'selesa' untuk mereka yang mampu membayarnya.

"Ini merupakan satu bencana buat penduduk Palestin," kata satu sumber industri yang meminta namanya tidak didedahkan kepada AFP dan menganggarkan perniagaan pengangkutan dari sempadan Rafah itu berjumlah AS$175,000 (RM732,462) sehari.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

"Bagi pihak Mesir, mereka meletakkan lebih banyak tekanan bagi menjadikan pengangkutan balik ke Gaza menjadi sukar (dengan) cuba untuk mendesak orang ramai membayar untuk perkhidmatan 'VIP'," ujarnya.

Gaza iaitu sebuah wilayah miskin yang didiami oleh kira-kira dua juta penduduk dan tempat pergerakan Hamas bertempur dengan Israel pada Mei lalu adalah satu lokasi yang sukar untuk dimasuki serta keluar oleh orang ramai.

Israel yang menjajah Israel juga mengekalkan sekatan dan kepungan ke atas laut serta daratan di Gaza sejak Hamas menguasai pentadbiran di wilayah tersebut pada tahun 2007.

Rejim Zionis itu berhujah bahawa adalah penting untuk melindungi Israel daripada kumpulan Hamas yang dianggapnya sebagai sebuah pertubuhan pengganas bersama beberapa buah negara Barat lain.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat di Gaza telah dibom oleh Israel pada permulaan kebangkitan intifada atau perjuangan penduduk Palestin ke atas penjajahan rejim Zionis ke atas mereka pada tahun 2000 hingga 2005.

Israel juga tidak mengeluarkan permit untuk membenarkan penduduk Palestin menggunakan perkhidmatan feri untuk berlabuh di pelabuhan Gaza.

LINTASAN EREZ DAN LINTASAN RAFAH

Ini menyebabkan hanya dua cara untuk keluar dari wilayah tersebut iaitu melalui Lintasan Erez.

Namun, lintasan itu dikawal oleh Israel dan dihadkan untuk penduduk Palestin yang memiliki permit kerja atau mempunyai urusan perdagangan, kes-kes serius perubatan dan mereka yang mempunyai permit untuk pergi ke Jordan.

Melihatkan situasi itu, bagi kebanyakan penduduk Rafah, Lintasan Rafah untuk menuju ke Mesir dianggap satu-satunya pilihan terbaik buat mereka.

Bagaimanapun, perjalanan untuk menunju ke Mesir dari lintasan itu merupakan perjalanan yang terkenal dengan melibatkan perbelanjaan tinggi dan menempuh kerenah birokratik Mesir.

Keadaan itu berbeza ketika Mesir di bawah pimpinan Allahyarham Mohammed Morsi sebagai Presiden negara itu pada tahun 2013 yang tidak mengamalan pendekatan berkonfrontasi dengan Hamas sehingga menyebabkan setengah juta penduduk Palestin pernah melintasi Rafah.

Teksi-teksi digunakan oleh penduduk Palestin untuk menuju ke Kaherah di Lintasan Rafah, sempadan Gaza. - Foto AFP
Teksi-teksi digunakan oleh penduduk Palestin untuk menuju ke Kaherah di Lintasan Rafah, sempadan Gaza. - Foto AFP

Namun, angka itu menurun secara drastik selepas Morsi disingkirkan daripada jawatan pada Julai tahun itu.

Di bawah pentadbiran Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi ketika ini, Mesir membuka dan menutup Lintasan Rafah dari semasa ke semasa.

Semasa pentadbiran Sisi, penduduk Palestin terpaksa mendaftarkan nama mereka dalam senarai menunggu sebelum mereka merancang untuk mengembara.

Bagi memastikan perjalanan itu ditempuhi, penduduk Palestin sejak akhir-akhir ini perlu membayar sebanyak ratusan atau ribuan dolar kepada syarikat swasta dan orang tengah yang menawarkan layanan 'VIP'.

Seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, beliau kembali dari Kaherah dengan menaiki sebuah teksi yang sepatutnya mengambil masa perjalanan lima jam dengan bayaran sebanyak AS$130 (RM544.12) ke Gaza.

Namun, perjalanannya berakhir dalam tempoh empat hari kerana zon untuk memasuki Terusan Suez ditutup memaksanya meninggalkan teski tersebut dan berkongsi bayaran bersama beberapa penumpang lain yang menaiki sebuah kereta lain.

Di pusat pemeriksaan itu, beberapa barangannya dirampas oleh pihak berkuasa Mesir seperti rokok dan minyak wangi selain akaun Facebook serta WhatsAppnya turut diperiksa.

Beliau juga terpaksa bermalam di sebuah hotel yang kotor selama dua hari selepas sebuah pusat pemeriksaan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Rafah ditutup tetapi terpaksa tidur semalam lagi di tepi jalan raya kerana tidak sempat memasuki Lintasan Rafah itu yang juga telah ditutup. - Agensi

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. UMNO dan Pas kini umpama pasangan suami isteri yang 'bercerai talak tiga'
  2. Sekolah perlu cari maklumat pelajar tercicir - Alimuddin
  3. Gandakan bantuan ekonomi kepada B40
  4. Tak mampu sediakan pengangkutan anak ke sekolah
  5. Empat anak dah lima tahun tak sekolah