Sila log masuk terlebih dahulu.

Inflasi melampau mencengkam dunia

27 November 2021 07:11am | Masa membaca: 4 minit
Fenomena harga pelbagai jenis makanan termasuk sayur-sayuran menjadi mahal di peringkat global sejak akhir-akhir ini. - Foto AFP
Fenomena harga pelbagai jenis makanan termasuk sayur-sayuran menjadi mahal di peringkat global sejak akhir-akhir ini. - Foto AFP
A
A
A

HARGA pelbagai jenis barangan dan minyak menjadi mahal sehingga menyebabkan bajet keluarga meningkat sejak akhir-akhir ini.

Ini adalah disebabkan oleh kadar inflasi melampau yang berlaku di beberapa negara di dunia.

Ia berlaku selepas kebanyakan penduduk dunia mendapat vaksin Covid-19 sehingga kadar kematian akibat pandemik itu semakin menurun dari masa ke masa.

Pada tahun lalu, sempadan negara-negara di dunia terpaksa ditutup sejak tahun lalu bagi menghalang penularan Covid-19 menyebabkan aktiviti ekonomi turut terjejas teruk.

Bagaimanapun, baru-baru ini kadar kenaikan inflasi melampau menghantui dunia.

DARI AMERIKA KE RUSIA

Di Amerika Syarikat (AS), data kerajaan pada minggu ini menunjukkan harga barangan pengguna meningkat lima peratus dalam bulan Oktober lalu iaitu yang tertinggi sejak tahun 1990.

Dalam pada itu, di Eropah pula, harga barangan pengguna meningkat 4.1 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 13 tahun.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Britain pula menunjukkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 4.1 peratus.

Di Rusia, kadar inflasinya juga naik kepada 8.1 peratus, Brazil meningkat hampir 11 peratus dan di Turki pula melonjak kepada hampir 20 peratus.

Secara realitinya, kos kehidupan meningkat disebabkan kenaikan harga petrol, lonjakkan harga daging dan lain-lain barang makanan.

Di AS, kebanyakan syarikat-syarikat makanan sedang mengurangkan saiz bungkusan bagi mengelakkan kenaikan harga.

Pemilik-pemilik restoran telah memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka telah mengeluarkan sejumlah makanan daripada senarai menu kerana ia menjadi terlalu mahal untuk dibeli oleh para pelanggan sepeti kek ketam.

Pelabuhan-pelabuhan dunia mengalami masalah kekurangan pekerja disebabkan oleh pandemik Covid-19. - Foto AFP
Pelabuhan-pelabuhan dunia mengalami masalah kekurangan pekerja disebabkan oleh pandemik Covid-19. - Foto AFP

EKNOMI MULA BERGERAK

Kenapakah harga meningkat naik?

Sebelum ini semua aspek kehidupan manusia terhenti pada tahun 2020 ekoran perintah 'lockdown' dan penutupan sempadan negara akibat jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Namun, ekonomi global kini mulai bergerak cergas pada tahun ini.

Keadaan itu menyebabkan berlakunya satu peningkatan permintaan yang besar dan tidak mampu dipenuhi oleh bekalan di pasaran.

Ia menyebabkan harga kebanyakan bahan mentah meningkat terutamanya minyak mentah di pasaran.

Sebahagian sektor pengeluaran juga dilanda dengan masalah kekurangan cip komputer atau semikonduktor terutamanya dalam industri telefon bimbit.

Pengangkutan di peringkat global juga menerima kesannya kerana kelancaran sebahagian pelabuhan dunia mengalami masalah ekoran masalah kekurangan pekerja untuk melakukan kerja-kerja memindahkan kargo.

Di Britain, terdapat isu kekurangan pemandu trak yang menyebabkan kos pengangkutan melonjak naik.

Menurut analisis Bank Goldman Sachs, inflasi yang melampau dijangka bertambah buruk sebelum ia menjadi bertambah baik.

Para penganalisis percaya kadar inflasi itu akan hanya merosot pada pertengahan tahun depan.

Bagi menangani masalah inflasi melampau itu, pada kebiasaannya, bank-bank pusat akan menaikkan kadar faedah bagi menurunkan harga barangan.

Senario dapat dilihat apabila beberapa buah bank pusat di Mexico, Brazil dan Rusia telah pun menaikkan kadar faedah ekoran tekanan inflasi. - Agensi

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Biden terlanjur kata dasar luar Amerika
  2. Pendedahan partisipasi politik belia
  3. Bazir duit dan masa atas jalan
  4. Kura-kura eksotik sampai RM2,000
  5. Padi IS21 tangani ancaman kebuluran