Sila log masuk terlebih dahulu.

Siapa punca kenaikan barang?

04 Disember 2021 08:08am | Masa membaca: 4 minit
Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

AWANG faham rakyat kecewa dan marah dengan kenaikan harga barang.

Reaksi spontan tentulah nak cari siapa di belakang kenaikan harga itu.

Sasaran nombor satu nampaknya ‘orang tengah’.

Memang tak dapat dinafikan orang tengah ada peranannya dalam soal ini.

Tapi bagi Awang yang bukan pakar ekonomi ini, orang tengah hanyalah salah satu daripada punca masalah itu.

Dari segi ekonomi orang tengah ada peranan yang tersendiri.Jangan lupa peraih Melayu di kampung orang tengah juga.

Bukan semua peraih daripada kaum bukan Melayu. Mereka beli barangan orang kampung.

Mereka ambil risiko terutama barang yang mudah rosak macam sayur dan buah-buahan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Awang fikir kita kena tengok juga sistem rangkaian niaga seluruhnya.

Salah satu punca kenaikan harga barang adalah sistem monopoli.

Kalau tak ada monopoli, akan ada persaingan.

Bila ada persaingan pengguna akan untung.

Contohnya oleh sebab banyak syarikat telekomunikasi mereka bersaing untuk dapat pelanggan.

Patut sangat kerajaan hapuskan monopoli di negara ini.

Kalau banyak syarikat diberi permit untuk import dan edar beras dan gula misalnya, tentulah harga barangan itu akan turun.

Awang fikir dalam kes barangan perlu kena hapuskan semua bentuk monopoli serta merta.

Kita perlu lahirkan sistem telus yang bagi peluang pada semua orang.

Barulah pengguna dapat faedah dengan harga yang lebih murah.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. HFMD makin membimbangkan
  2. Hubungan yang tidak putus
  3. ‘Era baharu’ AS-ASEAN
  4. Ancaman stagflasi mula dirasai
  5. Tingkat kawalan sempadan negara