Sila log masuk terlebih dahulu.

2,000 beg darah diperlukan sehari

18 Disember 2021 07:57am | Masa membaca: 4 minit
Bekalan darah negara pada 2020 turut dilihat mengalami penurunan sebanyak 12 peratus daripada 743, 892 kepada 655,069 beg akibat daripada penularan Covid-19. - Foto Bernama
Bekalan darah negara pada 2020 turut dilihat mengalami penurunan sebanyak 12 peratus daripada 743, 892 kepada 655,069 beg akibat daripada penularan Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Secara purata negara memerlukan sebanyak 2,000 beg darah setiap hari untuk digunakan bagi tujuan perawatan 1,000 pesakit di hospital di seluruh Malaysia.

Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara (PDN), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah berkata, bekalan tersebut terbahagi kepada dua kegunaan utama iaitu bagi keperluan rawatan dijangka dan tidak dijangka.

Menurutnya, bagi keperluan rawatan dijangka, ia melibatkan antaranya perawatan pesakit kanser, talasemia, bayi pramatang, kegagalan buah pinggang dan pembedahan kritikal serta kompleks.

Untuk perawatan tidak dijangka pula katanya, ia membabitkan kes kecemasan seperti pendarahan selepas bersalin, mangsa kemalangan, pendarahan semasa pembedahan dan proses transplan organ daripada penderma kadaverik.

Beliau berkata, meskipun situasi bekalan darah buat masa ini adalah mencukupi, namun trend penurunan yang berlaku hampir setiap tahun itu bagi tempoh tertentu termasuk ketika tempoh perayaan dan musim cuti sekolah perlu ditangani bagi mengelakkan risiko berlakunya kes kekurangan bekalan pada tabung darah negara.

“Kita sememangnya tidak boleh membiarkan stok bekalan darah mencecah tahap kritikal sebab bila dah sampai ke tahap itu, kes-kes elektif di hospital tidak dapat dilakukan dan doktor terpaksa fokus kepada kes kecemasan.

Dr Tun Maizura
Dr Tun Maizura

“Jadi ini akan menjejaskan perawatan pesakit kerana darah tidak dapat dibekalkan dan sebagainya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Tambahan pula setiap jenis yang darah didermakan itu juga memiliki tarikh luput masing-masing,” katanya ketika ditemui di Pusat Darah Negara di sini pada Rabu.

Dr Tun Maizura berkata, trend penurunan pendermaan darah lazimnya berlaku antaranya ketika bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan semasa tempoh antara cuti persekolahan akhir tahun hingga perayaan Tahun Baharu Cina.

Jelasnya, trend penurunan itu turut berlaku ekoran daripada situasi tidak dijangka antaranya bencana banjir atau penularan wabak penyakit seperti pandemik Covid-19.

Meskipun situasi bekalan darah buat masa ini adalah mencukupi, namun trend penurunan yang berlaku hampir setiap tahun
Meskipun situasi bekalan darah buat masa ini adalah mencukupi, namun trend penurunan yang berlaku hampir setiap tahun

Beliau memaklumkan, bekalan darah negara pada 2020 turut dilihat mengalami penurunan sebanyak 12 peratus daripada 743,892 kepada 655,069 beg darah akibat daripada penularan pandemik Covid-19.

“Dengan Covid-19 ini, kita sememangnya menjangkakan berlaku penurunan pendermaan darah. Ini kerana selain daripada sekatan pergerakan yang dikenakan sebelum ini, masyarakat juga takut kerana risau terhadap risiko penularan,” ujarnya.

Untuk itu, beliau meminta supaya masyarakat tidak perlu risau kerana PDN dan dan Tabung-Tabung Darah di seluruh negara telah mengambil langkah sepatutnya untuk memastikan keselamatan kesihatan penderma.

Penderma aktif

Mengulas mengenai penderma darah aktif di dalam negara, beliau memaklumkan kumpulan tersebut menyumbang sebanyak 75 peratus atau 495,665 beg darah daripada keseluruhan bekalan darah pada 2020.

Beliau berkata, sumbangan penderma aktif yang melakukan pendermaan setiap tiga ke empat bulan sekali itu sangat penting dalam memastikan bekalan darah negara sentiasa berada di tahap yang optimum dan mencukupi.

Tiga kumpulan darah utama mempunyai jumlah keperluan signifikan dalam negara iaitu darah O, A dan B.
Tiga kumpulan darah utama mempunyai jumlah keperluan signifikan dalam negara iaitu darah O, A dan B.

Dr Tun Maizura berkata, tiga kumpulan darah utama yang mempunyai jumlah keperluan signifikan di dalam negara iaitu kumpulan darah O, A dan B.

“Penggunaan bekalan darah ini bergantung kepada populasi penduduk.

“Jadi di Malaysia, 45 peratus penduduknya adalah pemilik kumpulan darah O manakala 25 peratus kumpulan darah A dan B serta lima peratus kumpulan kumpulan darah AB.

“Daripada 171,106 beg darah utuh yang didermakan pada tahun 2020, sejumlah 72,222 beg adalah daripada kumpulan darah O diikuti kumpulan darah B (46,130 beg), kumpulan darah A (43,169) dan kumpulan darah AB (9,577 beg),” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. GEG: Jangan sekadar akta tanpa kuat kuasa
  2. PH perlu terbuka kerjasama dengan UMNO jika...
  3. Isu LCS beri imej buruk kepada negara: ABIM
  4. Belum setanding produk luar negara
  5. Perlukah keluarkan duit saham ketika kegawatan?