Sila log masuk terlebih dahulu.

Lima banjir besar pernah melanda Pahang

Bencana tersebut direkodkan telah berlaku sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi.

23 Disember 2021 07:24pm | Masa membaca: 4 minit
Banjir yang melanda Pahang sejak minggu lepas itu turut menenggelamkan bandar Mentakab yang terletak di Temerloh.
Banjir yang melanda Pahang sejak minggu lepas itu turut menenggelamkan bandar Mentakab yang terletak di Temerloh.
A
A
A

[MULTIMEDIA] Banjir bukanlah bencana baharu mahupun asing bagi penduduk di Pahang, terutamanya apabila musim tengkujuh.

Bencana tersebut direkodkan telah berlaku sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi.

Ia telah menyebabkan ramai rakyatnya terkorban dan kehilangan harta benda kesan daripada bencana alam itu.

Habis kawasan penempatan dan pertanian musnah akibat ditenggalmi air bah yang tidak pernah mengenal usia, agama dan bangsa mangsanya itu.

Dianggarkan, terdapat lebih kurang lima bencana banjir besar yang pernah menyebabkan hampir keseluruhan daerah di negeri itu terjejas akibat dinaiki air.

Kesemuanya dikira sebagai banjir besar kerana setiap satunya menyebabkan kehidupan rakyat di negeri itu terjejas teruk.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Tahun ini, Pahang sekali lagi ditimpa musibah banjir besar apabila sebahagian besar daerahnya ditenggelami air.

Daerah yang terjejas ialah Raub, Temerloh, Bentong, Kuantan, Maran, Lipis, Jerantut dan Pekan.

Susulan itu, lebih 35,000 mangsa daripada 10,000 keluarga terpaksa dipindahkan ke 246 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Banjir yang melanda Pahang sejak minggu lepas itu turut menenggelamkan bandar Mentakab yang terletak di Temerloh.

Lebih menyedihkan, banjir tersebut juga dilaporkan telah meragut sembilan nyawa penduduk di negeri itu.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Apa kata MaraFood?
  2. Serangan di Gaza demi survival politik PM Israel?
  3. Belum ada kajian makan hidangan eksotik baik untuk kesihatan
  4. Ini kapal Ahmad Albab yang punya!
  5. Apa nasib KD Mat Kilau?