Sila log masuk terlebih dahulu.

Yang aneh-aneh siasatan di Malaysia

18 Januari 2022 06:44pm | Masa membaca: 4 minit
Kenyataan media SC pada Selasa.
Kenyataan media SC pada Selasa.
A
A
A

AWAL Januari lalu, ramai puji tindakan tangkas Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengeluarkan kenyataan mahu siasat isu akaun bos nombor satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mat Taici difahamkan siasatan SC dibuat berkaitan perlanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti.

Atau bahasa mudahnya, adakah menjadi kesalahan Tan Sri Azam Baki benarkan akaunnya digunakan oleh orang lain untuk urus niaga ratus ribu ringgit.

Selepas hampir dua minggu, SC akhirnya keluarkan keputusannya pada tengah hari cuti Thaipusam.

Tapi tiga empat kali jugalah Mat Taici baca kenyataan keputusan siasatan SC. Bukan sebab apa SC kata, pihaknya tidak dapat memastikan secara konklusif bahawa berlaku perlanggaran undang-undang bawah Seksyen 25(4).

Apa maksud tak dapat pastikan secara konklusif? Kita pun keliru nak faham. Adakah Azam telah melakukan kesalahan atau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tulis saja terang-terang biar jelas lagi bersuluh.

Tapi berdasarkan laporan kebanyakan media, masing-masing membuat rumusan bahawa SC gagal kesan apa-apa bukti.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Namun ada juga rakan media yang melaporkan SC tidak dapat putuskan adakah Azam melanggar undang-undang.

Mat Taici bukanlah menyebelahi mana-mana pihak, baik Azam atau mana-mana agensi siasatan.

Tapi cara memberi jawapan atau keputusan siasatan biarlah mudah difahami, jangan pusing-pusing dan janganlah pelik-pelik.

Bukan apa, rakyat sekarang ini ramai yang cerdik pandai dan celik IT. Lagi aneh-aneh jawapan lagi banyaklah spekulasi yang akan timbul.

Mat Taici teringat juga jawapan pelik siasatan pihak berkuasa mengenai satu video dikaitkan dengan seorang menteri tiga tahun lalu.

'Tidak dapat pastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan' itu jawapan pihak berkuasa dan akhirnya siasatan dan pendakwaan pun tutup macam itu sahaja.

Pss: Tunggu siasatan polis pula

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. HFMD makin membimbangkan
  2. Hubungan yang tidak putus
  3. ‘Era baharu’ AS-ASEAN
  4. Ancaman stagflasi mula dirasai
  5. Tingkat kawalan sempadan negara