Sila log masuk terlebih dahulu.

Dimandikan seperti jenazah

19 Januari 2022 09:00am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

AWANG macam orang lain juga, terkejut dengan tindakan Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah masjid yang 'hukum' seorang remaja dengan cara memandikannya bagai memandikan jenazah. Remaja itu dituduh mencuri duit masjid.

Aksi 'mandi mayat' itu ditularkan pula dalam media sosial dan memberikan gambaran yang salah tentang hukuman dalam konteks Islam.

Entah hukuman dari zaman bila atau mazhab manalah yang diguna pakai. Mujurlah ada kewarasan di pihak Mahkamah Tinggi yang meminta AJK masjid meminta maaf kepada remaja itu.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menganggap keputusan Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini adalah 'keterlaluan kerana tidak mencerminkan bentuk pemulihan.' Remaja dalam kes itu telah dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000.

Tindakan AJK masjid itu lebih menyedihkan. Cara itu tidak wajar malah memalukan. Bukanlah Awang nak pertahankan perbuatan remaja itu. Dia memang bersalah kerana mencuri. Lagipun dia remaja yang menganggur. Kita tidak tahu punca sebenar perbuatannya.

Awang puji tuan punya gedung pasar raya Mydin yang memaafkan mereka yang mencuri sewaktu banjir besar Disember lepas. Memang ada yang bukan mencuri barang makanan tetapi barangan elektronik. Tapi beliau maafkan semua. Dalam situasi genting, manusia boleh berubah.

Kita semua tahu remaja itu tidak mampu membayar denda itu. Begitulah perbuatan kita menghukum orang yang dituduh mencuri di masjid atau mencuri petai.

Entah berapalah nilai curian itu. Tapi kita agungkan mereka yang mencuri duit kita, duit rakyat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. [INFOGRAFIK] ‘Negara muflis’
  2. 'Puad tak perlu cari glamor murahan'
  3. Jaga seluar jangan sampai terlondeh!
  4. Di mana gagalnya Muhyiddin?
  5. JPP tak manipulasi keputusan pemilihan PKR