Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembalakan bagus untuk harimau memang lawak 'world'

25 Januari 2022 02:06pm | Masa membaca: 4 minit
Harimau Malaya kini hanya tinggal kurang 200 ekor berdasarkan Tinjauan Harimau Kebangsaan pada 2018.
Harimau Malaya kini hanya tinggal kurang 200 ekor berdasarkan Tinjauan Harimau Kebangsaan pada 2018.
A
A
A
Mat Taici tidak tahu nak gelak atau nak marah. Tapi satu malam Mat Taici pun termenung mendongak ke langit sambil mengira bintang berfikir macam mana nak hadam apa yang dikatakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah, pada Isnin.

Abdul Khalim mendedahkan bahawa aktiviti pembalakan dikenal pasti bagus untuk populasi dan habitat harimau kerana menyebabkan tumbuhan baharu tumbuh sekali gus menggalakkan kehadiran spesies haiwan yang menjadi makanan pak belang.

Kenyataan Abdul Khalim itu menimbulkan kemarahan dan mengundang kritikan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama netizen di media sosial yang mempertikaikan fakta dibentangnya berkenaan.

Justeru tidak hairan jika ada netizen yang berkongsi satira dan dialog yang 'klise' antara seorang anak harimau dengan Pak Belang yang berbunyi:

Anak harimau: Ayah, nak tanya?

Pak Belang: Nak tanya apa nak?

Anak harimau: Kenapa kita makin pupus yah?

Pak Belang: Sebab takde pembalakan nak! Tak membalak kancil tak ada.

Anak harimau: Suruh la diorang membalak yah.
Disyorkan artikel berkaitan ini:


Pak Belang: Nanti ayah suruh.

Manakan tidaknya jika Mat Taici teliti dan fikirkan sepintas lalu kenyataan dikeluarkan Pengarah Perhutanan itu nampak tidak logik dek akal dan bertentangan dengan kefahaman orang awam.

Jika betul teori dikemukakan oleh Abdul Karim betul maka bilangan spesies Harimau Malaya atau harimau belang atau nama sainstifiknya Panthera Tigris Jacksoni, kini hanya tinggal kurang 200 ekor berdasarkan Tinjauan Harimau Kebangsaan pada 2018.

Pengurangan jumlah harimau berkenaan adalah berbanding kajian ilmiah pada tahun 1950-an yang menyatakan jumlahnya mencecah 3,000 ekor di hutan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Bagi Mat Taici data ini amat membimbangkan. Jika tiada langkah drastik dalam mengawal penurunan populasi harimau, jangkaan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi, Malaysia berkemungkinan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya.

Malah, Mat Taici sendiri yang dulu suka menjelajah hutan dan mendaki gunung satu ketika dulu tidak pernah ternampak kelibat sang kancil di kawasan dimaksudkan, kecuali di Zoo Negara.

Pada masa sama, Mat Taici tidak dinafikan wujud kajian seperti dinyatakan oleh Pengarah Perhutanan Kelantan berkenaan yang diterbitkan dalam oleh sebuah universiti terkenal, pada tahun 2009.

Namun, bagi Mat Taici kajian berkenaan tidak bermakna dan hanya tinggal teori semata-mata kerana hakikat sebenar pembalakan terpilih seperti dimaksudkan oleh saintis berkenaan tidak dipraktikkan di Malaysia.

Kalau tidak percaya cakap Mat Taici cuba tinjau sendiri keadaan hutan simpan terutama yang terletak di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak. Sudah pasti anda akan terkejut kerana kebanyakan cuma tinggal sejarah dan papan tanda, pokok balak dan habitat hidupannya hilang entah ke mana.

Ini kerana Mat Taici mendapati aktiviti pembalakan di Malaysia berlaku secara tidak terkawal sehingga menyebabkan bukan hanya menyebabkan spesies dan habitat harimau pupus, malah hidupan liar lain seperti kancil juga hampir lenyap.

Jadi Mat Taici nak ingatkan pihak berkenaan supaya jangan terlalu leka dan seronok menipu sana sini untuk melindungi atau 'coverline' pihak tertentu kerana ALLAH Maha Berkuasa. Jika silap percaturan musibah menimpa kita semua.

Psst: Harimau kalau boleh baca pun gelak
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Sabtu penentu pendirian muktamad Pas?
  2. Parti politik perlu ‘zon bebas ego’
  3. Kit Siang, Wan Azizah mungkin berehat?
  4. Syarat Puteri Gunung Ledang
  5. Utamakan sekuriti makanan dalam Bajet 2023