Sila log masuk terlebih dahulu.

[MULTIMEDIA] Cantik? Bijak? Amanah? Siapa pilihan bangsa Johor?

Mereka mempunyai masa kurang lebih 11 hari sahaja lagi untuk memikirkan calon terbaik bagi mentadbir negeri itu.

[MULTIMEDIA] Selesai sudah proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 selepas menanti dengan penuh debaran siapakah yang akan bertanding.

Kini, bangsa Johor mempunyai masa kira-kira 11 hari lagi untuk memikirkan siapakah calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang layak dipilih bagi mewakili mereka sebelum membuang undi pada 12 Mac nanti.

Pemilihan calon perlu dilakukan dengan teliti melalui pelbagai sudut pandang agar ia mendatangkan manfaat kepada masa depan rakyat negeri itu sendiri.

Kegagalan memilih calon yang baik dan berkesan boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan yang menjejaskan pentadbiran Johor bagi tempoh lima tahun.

Semoga kuasa diberikan kepada rakyat Johor untuk memilih pemimpin digunakan sebijak mungkin agar negeri itu dapat ditadbir kembali dengan baik.

Pastikan mereka yang dipilih itu berintegriti, amanah dan bertanggungjawab serta mampu membela bangsa agama dan negara, sekali gus membawa Johor ke arah kesejahteraan sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.

Disyorkan artikel berkaitan ini: