Sila log masuk terlebih dahulu.

Guru gembira pertama kali menang peraduan seumur hidup
Artikel percuma

Bawa pulang wang tunai RM2,500 selepas melanggan pakej Sinar Premium untuk tiga bulan

02 Mac 2022 02:11pm | Masa membaca: 4 minit
WAN NUR SHAKIRAH
WAN NUR SHAKIRAH
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka baru sebulan melanggan Sinar Premium, seorang guru berjaya menjadi pemenang bertuah Peraduan Langgan Portal Berita Sinar Premium minggu keenam dan membawa pulang hadiah berjumlah RM2,500.

Wan Nur Syakirah Wan Abd Rahim, 26, berkata, dia sangat gembira kerana ini merupakan pertama kali dia memenangi sebarang peraduan seumur hidup walaupun baru melanggan Sinar Premium pada bulan Januari lalu.

“Saya sangat gembira dan tidak sangka saya akan menang peraduan ini kerana baru sahaja melanggan Sinar Premium yang berharga RM18.60 iaitu pakej untuk tiga bulan sebulan yang lalu.

“Ini merupakan kali pertama saya menang apa-apa peraduan dalam hidup dan tidak pernah merasa bertuah seperti ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Wan Nur Syakirah yang berasal dari Machang, Kelantan itu berkata, dia tidak tahu mengenai peraduan itu dan hanya melanggan untuk mendapat akses kepada berita yang lebih eksklusif dan kritis.

“Pada mulanya, saya melanggan e-paper Sinar Harian sahaja, namun saya merasakan perlu untuk melanggan Sinar Premium juga agar saya mendapat akses kepada semua berita menarik dan eksklusif.

“Apabila saya melanggan Sinar Premium, ia lebih mudah untuk saya membaca berita secara online pada bila-bila masa,” katanya.

Selain itu, Syakirah amat menggemari segmen laporan khas yang dikeluarkan oleh Sinar Premium kerana ia sangat menarik dan informatif buat pembaca.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Setakat ini, saya rasa sangat berbaloi melanggan Sinar Premium kerana kita boleh membaca berita semasa dengan pantas.

“Saya paling suka dengan laporan-laporan khas yang disediakan oleh Sinar Premium kerana sangat eksklusif dan menarik,” katanya.

Syakirah juga merasakan bahawa kandungan berita Sinar Premium sangat berbaloi untuk dilanggan dan menggalakkan orang ramai untuk melanggan portal berita itu.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan