Sila log masuk terlebih dahulu.

'Beri fokus isu babit rumah perlindungan'

15 April 2022 09:00pm | Masa membaca: 4 minit
Muhamad Firdaus Ibnil Hajar
Muhamad Firdaus Ibnil Hajar
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis #JusticeForBella, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar mendedahkan pihaknya kini sedang memfokuskan kepada masalah membabitkan isu rumah perlindungan di Malaysia agar masyarakat lebih memahami mengenainya.

Menurutnya, bukan niat pihaknya mahu mendedahkan salah rumah perlindungan yang ada di negara ini sebaliknya mahu rakyat memahami tentang isu ini.

"Apa masalahnya dan macam mana sesama kita nak menangani isu ini supaya tidak akan berlaku lagi seperti (membabitkan) di rumah perlindungan, taman asuhan kanak-kanak (Taska), tadika dan tempat-tempat yang menempatkan kanak-kanak.

"Itu yang kita harapkan daripada isu yang kita bawa sekarang," katanya pada program Wacana Sinar Edisi ke-338 bertajuk 'Nasib Adik Bella, OKU Siapa Harus Bela' pada Jumaat.

Program ini turut menampilkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan seorang lagi aktivis #JusticeForBella, Aliff Ahmad manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Muhamad Firdaus turut menyeru agar masyarakat di negara ini agar menjadi 'mata-mata' kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam isu membabitkan rumah anak-anak yatim, orang kurang upaya dan taska.

Katanya, masyarakat di negara ini juga perlu sentiasa mengambil tahu tentang persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Apa kata MaraFood?
  2. Serangan di Gaza demi survival politik PM Israel?
  3. Belum ada kajian makan hidangan eksotik baik untuk kesihatan
  4. Ini kapal Ahmad Albab yang punya!
  5. Apa nasib KD Mat Kilau?