Sila log masuk terlebih dahulu.

[MULTIMEDIA] Malaysia pun rupanya tak selamat!

Turut berdepan dengan ancaman gempa bumi tempatan selain tempias luar dari Indonesia dan Filipina

[MULTIMEDIA] SHAH ALAM - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter yang melanda Bukit Tinggi di Sumatera, Indonesia pada 25 Februari lalu telah menyebabkan gegaran kuat dirasai di beberapa negeri di Malaysia terutama di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor.

Gegaran tersebut mencetuskan bukan sahaja kekecohan tetapi juga rasa panik dalam kalangan orang ramai.

Kejadian itu membawa kepada persoalan sejauh mana selamatnya Malaysia yang berada sangat hampir dengan Lingkaran Api Pasifik?

“Semua bangunan di Malaysia perlu direka bentuk untuk menahan kesan gempa, bergantung kepada tahap intensiti gegaran yang diukur dalam bentuk cepatan tanah (peak ground acceleration) seperti dalam Peta Bahaya Seismik yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (KMG) dan juga Jabatan Standard Malaysia (JSM).” – Prof Ir Dr Azlan

“Malaysia terletak berhampiran dua sempadan pertembungan kepingan yang aktif keseismikannya iaitu sempadan pertembungan di antara Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan sempadan pertembungan di antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur.”

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Antara mitos atau fiksyen yang perlu diperbetulkan orang ramai ialah Malaysia bebas daripada ancaman gempa bumi.” – METMalaysia.

“Pendidikan secara meluas dan kesedaran umum tentang gempa bumi sedang dijalankan oleh METMalaysia melalui internet dan media sosial di mana mereka menyediakan maklumat tentang kejadian dan rekod gempa di seluruh Asia Tenggara.” – Dr Mustaffa Kamal.