Sila log masuk terlebih dahulu.

Enam beranak jamah mi segera di pagi raya
Artikel percuma

05 Mei 2022 07:50am | Masa membaca: 4 minit
Norazizah bersama suami dan anak anak menjamah mi segera pada 1 Syawal lalu.
Norazizah bersama suami dan anak anak menjamah mi segera pada 1 Syawal lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Enam beranak terpaksa menggantikan rendang dan lemang dengan hidangan mi segera pada 1 Syawal lalu berikutan Hari Raya Aidilfitri disambut sehari awal daripada jangkaan iaitu pada Isnin.

Seorang guru, Norazizah Chon, 48, berkata, perancangan awal membeli barangan basah seperti daging dan ayam pada pagi Isnin, namun segalanya berubah apabila pengumuman Aidilfitri sehari lebih awal.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan mereka sekeluarga tidak sempat menyiapkan juadah hari raya.

“Kali pertama dalam sejarah kami sekeluarga berkumpul untuk menjamah mi segera sebaik sahaja selesai solat sunat Aidilfitri,” katanya kepada Sinar Harian.Norazizah berkata, pada mulanya dia bercadang menyediakan menu kari daging, rendang ayam dan lontong bagi juadah Aidilfitri.

“Sebenarnya perasaan teruja tahun ini hendak sambut Aidilfitri, lebih-lebih lagi sudah dua tahun tidak dapat meraikan Aidilfitri akibat pandemik Covid-19.

“Saya memang ada niat hendak bertukar-tukar juadah dengan jiran, tapi semua rancangan ini tak kesampaian,” katanya.

Anaknya, Farhatun Najiha Zainal Abidin, 38, berkata, segala penyediaan bahan juadah Aidilfitri sudah disediakan, tetapi tidak sempat membeli barangan basah.

Katanya, segala hidangan itu dirancang untuk dimasak bersama adik beradik lain di sebuah inap desa di Sekinchan pada pagi Selasa.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Farhatun Najiha
Farhatun Najiha

“Namun, segala perancangan tidak menjadi kenyataan apabila Hari Raya Aidilfitri diumumkan sehari awal.

“Kami terpaksa bergegas ke inap desa tanpa sebarang persediaan memandangkan pada hari raya kedua perlu pulang berhari raya di rumah mentua di Johor,” ujarnya.

Saijan Noor Mohamed, 56, berkata, persiapan Aidilfitri sedikit terganggu kerana menyangka 1 Syawal diraikan pada Selasa.

Saijan
Saijan

Ujarnya, nasib baik segala barangan keperluan sempat dibeli.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan