Sila log masuk terlebih dahulu.

PBM sedia bincang dengan PM kekalkan Zuraida sebagai menteri

Yakin kerajaan pimpinan Ismail Sabri itu akan mempertimbangkan permintaan parti berkenaan bagi menjamin kestabilan pentadbiran kerajaan campuran BN-PN.

26 Mei 2022 03:39pm | Masa membaca: 4 minit
HANIZA
HANIZA
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersedia untuk berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memohon supaya kerajaan mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai menteri kabinet.

Timbalan Presidennya, Hanizah Talha berkata, pucuk kepimpinan PBM berkeyakinan kerajaan pimpinan Ismail Sabri akan mempertimbangkan cadangan itu memandangkan PBM sejak awal penubuhan parti itu, sudah menyatakan pendirian untuk menyokong kerajaan semasa.

Menurutnya, permohonan PBM itu juga penting bagi mengekalkan kestabilan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu.

"PBM amat berharap Perdana Menteri akan menyatakan kesudian untuk berbincang dengan PBM bagi mengekalkan jawatan Zuraida selaku Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

ZURAIDA
ZURAIDA

"PBM juga akan memohon supaya parti ini diterima sebagai salah satu parti bersekutu yang menyokong kerajaan.

"Cadangan itu sekiranya dipersetujui Ismail Sabri, sudah pasti akan menjamin kestabilan kerajaan pimpinan beliau memandangkan PBM kini memiliki tiga ahli Parlimen termasuk Zuraida," ujarnya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Zuraida yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mengambil keputusan menyertai PBM.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataan menyatakan pendirian untuk kekal menyokong Ismail Sabri.

Keputusan menyertai PBM itu dibuat Zuraida selepas beliau mengambil kira pertimbangan mendalam.

PBM yang dilancarkan pada 21 Disember 2021 kini diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Presiden parti dan turut mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Lebih mudah berambut pendek
  2. Peguam enggan berhujah, Najib mungkin dijatuhi hukuman Selasa?
  3. Tembelang Presiden Ukraine terbongkar
  4. Fahami perubahan budaya politik
  5. Bercerita tentang adil