Sila log masuk terlebih dahulu.

Malaysia alami defisit perdagangan makanan
Artikel percuma

28 Mei 2022 08:10am | Masa membaca: 4 minit
Dr Barjoyai Bardai
Dr Barjoyai Bardai
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia ketika ini mengalami defisit dalam perdagangan makanan kerana jumlah import lebih tinggi berbanding eksport.

Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, secara keseluruhan negara mengimport lebih RM55 bilion makanan dari negara luar berbanding hanya RM39 bilion makanan negara yang dieksport.

“Sebenarnya Malaysia kini mengalami defisit dalam perdagangan makanan. Kita mengimport lebih RM55 bilion tetapi jumlah eksport hanya RM39 bilion. Jadi kita ada defisit.

“Sebelum ini kita menggalakkan eksport tetapi selepas ayam menjadi satu keperluan penting, jadi kita telah membuat peraturan untuk tidak membenarkan eksport,” katanya pada program Wacana Sinar Harian edisi 349 yang bertajuk Hapus AP, Berani Betul! yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada malam Jumaat.

Program yang bersiaran kira-kira sejam itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Malik Abdullah sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, keputusan kerajaan memansuhkan permit import (AP) bagi membawa masuk bahan makanan merupakan polisi jangka pendek kerana ia tidak akan bertahan lebih daripada enam bulan.

Ini kerana katanya, selepas daripada tempoh itu, aktiviti pengimportan boleh menyebabkan penyusutan nilai ringgit yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya peningkatan semula harga barang.

“Kalau kita tidak kawal dalam masa enam bulan, kita dapati permintaan mata wang dolar AS akan meningkat kerana kita perlu mengimport lebih banyak makanan dan ini akan melemahkan mata wang ringgit (RM).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Apabila mata wang ringgit kita lemah dan bila kira balik selepas kita membeli dalam dolar AS sebenarnya harga akan menjadi lebih tinggi pula selepas ini,” katanya.

Justeru katanya, sekiranya kerajaan tidak mengawal, harga barang akan meningkat secara semula jadi.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan