Sila log masuk terlebih dahulu.

Mansuh AP kurangkan kerenah birokrasi: FMBA
Artikel percuma

28 Mei 2022 08:30am | Masa membaca: 4 minit
Datuk Abdul Malik Abdullah dalam Wacana Sinar Edisi Ke-349 yang bertajuk Hapus AP, Berani Betul! pada Jumaat
Datuk Abdul Malik Abdullah dalam Wacana Sinar Edisi Ke-349 yang bertajuk Hapus AP, Berani Betul! pada Jumaat
A
A
A

SHAH ALAM - Langkah pemansuhan permit import (AP) merupakan usaha berani kerajaan dalam memastikan bekalan makanan negara mencukupi dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, pemansuhan itu dilihat menyumbang untuk membantu usahawan-usahawan mendapatkan pilihan dan harga menjadi lebih kompetitif.

Menurut Abdul Malik, jika ia tidak dilaksanakan, pihak tertentu akan memonopoli dan mengawal harga bekalan tersebut.

“Ini menyebabkan kurang adil kepada pemain-pemain industri, tetapi kalau kita mengehadkan kepada ‘market force’ untuk menentukan penawaran dan permintaan, maka kita akan dapat harga yang munasabah.

“Saya rasa ini akan membantu isu kekurangan bekalan makanan. Kalau kita lihat, apabila satu barang berkurang, harga akan melambung dan kerajaan campur tangan. Kita juga nampak selepas pandemik ini isu ‘supply change’ menyebabkan ayam pun jadi isu besar. Semua naik harga.

“Kami rasa ini (pemansuhan AP) akan membantu untuk mengelakkan kartel-kartel atau sesetengah pihak memonopolikan item-item tertentu. Saya rasa ini lebih adil,” katanya dalam Wacana Sinar Edisi Ke-349 bertajuk Hapus AP, Berani Betul! pada Jumaat.

Hadir sama menjadi panel adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Abdul Malik berkata, pemansuhan AP juga membantu usahawan berdaya saing dalam perniagaan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Menurutnya, pemberian bantuan atau hak keistimewaan akan menyebabkan mereka semakin lemah dan tidak berjaya.

“Bantuan secara berterusan itu akan melemahkan sesuatu kaum. Kita dah lihat perkara itu. Kita ada usahawan-usahawan yang bijak pandai dan yang boleh bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

“Kenapa kita sentiasa kena beri pertolongan? Saya rasa pemansuhan AP ini adalah satu langkah positif oleh pihak kerajaan untuk membantu khususnya orang ramai supaya kebolehcapaian orang ramai kepada produk itu lebih senang untuk diperoleh,” katanya.

Tambah Abdul Malik, bagaimanapun, peningkatan harga bekalan tersebut juga disebabkan penggunaan ‘orang tengah’ untuk memasarkan produk mereka.

Katanya, wujudnya persaingan akan menyebabkan mereka lebih berusaha bersaing sesama mereka.

“Kita sebenarnya boleh berdaya saing dan saya rasa kebanyakan daripada usahawan-usahawan ini sudah menyediakan harga berpatutan. Namun, masalahnya kepada orang tengah.

“Sebagai contoh, petani di ladang buat kerja bermati-matian dapat keuntungan sangat sikit tetapi disebabkan mereka tidak ada hubungan (connection) dan tidak tahu untuk pasarkan produk, jadi akan gunakan mereka ini.

“Orang tengah pula akan naikkan harga untuk dapatkan keuntungan lebih. Sistem ini sudah turun temurun. Sehingga bila kita nak berselindung dan takut persaingan.

“Kalau kita ada persaingan dari luar, ini juga akan membuatkan orang kita lebih terjaga dan lebih bertungkus lumus untuk mencari keuntungan,” katanya.

Tambah Abdul Malik, beliau mengakui bahawa peningkatan harga itu untuk memastikan perniagaan sesetengan masyarakat dapat diteruskan selepas pandemik.

Katanya, kerajaan juga terpaksa mencari pendapatan lain selepas membelanjakan dana menangani Covid-19 dan komuniti untuk membantu rakyat.

“Kita pun tahu krisis ini bukan yang berlaku satu hingga dua hari kerana krisis akan sentiasa menjadi krisis.

“Kita juga sebelum ini kurang tenaga kerja dalam pasaran kerana tidak dapat membawa masuk pekerja asing dalam waktu yang lama dan baru ada kelonggaran.

“Jadi mahu tidak mahu, kos operasi dan kos lain terpaksa naik harga kerana untuk kekal relevan mesti naikkan harga, kalau tidak 'tutup kedai',” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut memberi saranan kepada usahawan untuk menaikkan harga berpatutan dan tidak melampaui batas.

“Kos sara hidup semakin meningkat, Mungkin gaji minimum RM1,500 mungkin membantu mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan