Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemberian subsidi demi keselamatan sosial

28 Jun 2022 08:30am | Masa membaca: 4 minit
Laporan MOF menunjukkan, pecahan tertinggi agihan subsidi adalah daripada bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) yang jumlahnya mencecah RM38 bilion. Gambar kecil: Meor Shahrom Zainuddin
Laporan MOF menunjukkan, pecahan tertinggi agihan subsidi adalah daripada bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) yang jumlahnya mencecah RM38 bilion. Gambar kecil: Meor Shahrom Zainuddin
A
A
A

BILA kerajaan melaporkan pemberian subsidi hampir RM80 bilion, ramai tertanya-tanya apakah subsidi yang menelan belanja yang amat tinggi itu ?

Dari laporan Kementerian Kewangan (MOF), pecahan tertinggi agihan subsidi adalah daripada bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) yang jumlah subsidinya mencecah RM38 bilion.

Sebelum ini ketika bajet diumumkan tahun lepas, anggaran subsidi adalah kira-kira RM5 bilion. Kini anggarannya melepasi lebih RM30 bilion, ia peningkatan enam atau tujuh kali ganda khusus peruntukan subsidi bahan api sahaja.

Agihan tertinggi ini terpaksa diteruskan demi memastikan rangkaian lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mampu meredakan atau menyerap kos agar harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat secara mendadak.

Contohnya, pemberian subsidi di peringkat kepenggunaan barangan memproses atau pengeluar barangan akhir mungkin dilihat wajar kerana ada yang dikatakan melibatkan kos bahan luar negara dan ini di luar kawalan.

Dengan subsidi, maka kos barangan akan dapat dikawal, pengusaha atau perniagaan masih mampu bertahan dari segi operasi sekali gus mengekalkan pekerja dan mengeluarkan produk akhir pada harga yang memberi situasi menang-menang kepada pengeluar dan pelanggan.

Dalam konteks ini, barangan mampu milik masih mampu disediakan dan peluang pekerjaan dapat dikekalkan dengan adanya pemberian subsidi secara berterusan.

Ini salah satu daripada faedah penerusan subsidi kepada jaringan keselamatan sosial negara.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Bagaimanapun formula rasionalisasi subsidi perlu terus dicari kerana ia turut mampu memberi jaringan keselamatan kepada rakyat.

Menurut laporan menerusi apungan harga minyak yang dijalankan sebelum ini, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini hasil daripada pelaksanaan penetapan harga runcit bahan api mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Jumlah penjimatan daripada langkah apungan itu membolehkan ia disalur atau dikongsi kepada masyarakat yang lebih besar. Antaranya pembinaan hospital, sekolah dan pelaksanaan rumah rakyat berpendapatan rendah.

Bagaimana pun sistem harga apungan yang memberi penjimatan kepada kerajaan tidak mendapat sambutan golongan T20.

Contohnya, tinjauan mendapati ramai pemilik kereta mewah daripada kumpulan pendapatan T20 mengisi minyak RON95 berbanding RON97.

Situasi ini langsung tidak membantu kerajaan menjana penjimatan daripada langkah subsidi yang dikhususkan untuk B40.

Sepatutnya golongan berkenaan perlu bertimbang-rasa daripada dasar penerusan subsidi oleh kerajaan.

Jika sikap pentingkan diri sendiri, tamak dan masih berebut hak subsidi orang lain masih berterusan maka pengagihan ekonomi yang adil dan saksama mungkin sukar untuk dilaksanakan.

* Meor Shahrom ialah Ketua Unit Bisnes.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Pembersihan UMNO dibimbangi jadi racun toksik
  2. Jangan biar rakyat sengsara
  3. Noh akui antara 4 MKT tidak bangun sokong usul PAU
  4. Syor baucar untuk orang kurang mampu
  5. Bank digesa bayar ganti rugi mangsa tipu TH