Sila log masuk terlebih dahulu.

Jual beli tanah: Hukuman banyak tapi tiada penguatkuasaan
Artikel percuma

Tun Dr Mahathir Mohamad

22 Julai 2022 10:38pm | Masa membaca: 4 minit
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Mengapa Melayu Jual Tanah disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Mengapa Melayu Jual Tanah disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan hukuman bagi melarang jual beli tanah terhadap indvidu atau pemerintah di negara ini adalah banyak.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, bagaimanapun yang menjadi masalah ialah tidak ada penguatkuasaan atau pelaksanaannya dari segi undang-undang.

"Mereka membuat (kesalahan), tiada siapa yang menegur. Maka mereka terus melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Kita dapati di Malaysia ini banyak undang-undang tetapi tidak dilaksanakan dan tidak dikuatkuasa," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian dalam program Di Sebalik Isu Bersama Finaz Yunus: Mengapa Melayu Jual Tanah yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.

Menjelaskan mengapa tiada pelaksanaan dan penguatkuasaan, Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, sekiranya mempunyai kepimpinan yang tidak baik, mereka tidak berminat untuk melaksanakan yang benar.

"Mereka sendiri terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang salah dan tidak ingin hilang sokongan pekerja terhadap mereka.

"Jadi, apabila buat salah, mereka harap tidak ada siapa yang akan mengambil tindakan. Menjadi pegawai pun, bila dia nampak pemimpin buat yang salah dan tiada tindakan, maka dia pun melakukan perkara yang sama," katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan