Sila log masuk terlebih dahulu.

Bajet untuk kekal cantik

31 Julai 2022 08:15am | Masa membaca: 4 minit
Lumrah wanita yang mahu kelihatan cantik dan menarik membuatkan membuatkan mereka tidak lokek mengeluarkan belanja untuk memenuhi keperluan mereka. Foto hiasan 123RF
Lumrah wanita yang mahu kelihatan cantik dan menarik membuatkan membuatkan mereka tidak lokek mengeluarkan belanja untuk memenuhi keperluan mereka. Foto hiasan 123RF
A
A
A

[MUKADIMAH] Dalam situasi ekonomi tidak menentu, banyak aspek perbelanjaan yang memerlukan pertimbangan lebih wajar.

Ini termasuk kos bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita yang memerlukan bajet bulanan agak besar bergantung kepada jenis produk dan rawatan digunakan.

Bagaimanapun, lumrah wanita yang mahu kelihatan cantik dan menarik membuatkan membuatkan mereka tidak lokek mengeluarkan belanja untuk memenuhi keperluan mereka.

Begitu juga wanita di negara ini yang dianggarkan membelanjakan sebanyak RM3,600 hingga RM6,000 setahun bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan diri.

Perbelanjaan berkenaan merangkumi pembelian produk penjagaan diri dan kulit, termasuk kos mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di pusat-pusat kecantikan.Begitupun, kos berkenaan hanyalah kadar biasa bagi orang kebanyakan, bergantung kepada jenama produk yang digunakan serta rutin perkhidmatan dan rawatan yang diambil.

Berbeza bagi pakej-pakej ‘kayangan’ yang tentunya melibatkan golongan wanita elit yang mencecah sehingga lebih RM30,000 setahun.

Namun adakah inflasi ketika ini memberi kesan kepada perbelanjaan wanita bagi tujuan kesihatan dan kecantikan?

Adakah mereka terpaksa mengurangkan kos atau mengeluarkan kos lebih tinggi untuk mengekalkan rutin masing-masing.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ikuti Laporan Khas oleh wartawan NURHIDAYAH HAIROM yang mengupas mengenai isu tersebut.

KUALA LUMPUR - Bergelar suri rumah, tidak menghalang Normairah Yuhanis Jamaluddin, 35, menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan kira-kira RM500 sebulan.

Normairah
Normairah

Menurutnya, perbelanjaan berkenaan berpadanan dengan jenis produk yang digunakan dan juga rawatan berkala di pusat kecantikan. Normairah berkata, rutin penjagaan kesihatan dan kecantikan sudah menjadi satu keperluan buat dirinya yang mula mementingkan penjagaan kedua-dua aspek tersebut sejak di universiti lagi. “Pembelian produk penjagaan kulit sahaja mencecah sehingga RM250 sebulan. Ada juga produk yang tahan lebih sebulan.

“Itu tidak termasuk produk pembersihan diri asas, dan juga kos ke spa untuk rawatan muka.

“Saya juga memerlukan kos sehingga RM400 untuk produk dan alat solek tapi ia boleh tahan selama tiga ke empat bulan,” katanya kepada Sinar Ahad sambil menambah, sebagai wanita bertudung, dia juga amat mementingkan penjagaan kesihatan rambut.

Bagi pembantu penyelidik, Munirah Hanapiah, 31, kadar RM300 sebulan untuk membeli produk penjagaan kulit dan juga rawatan di pusat kecantikan adalah kos normal jika dia melakukan rutin tersebut pada bulan yang sama.

Munirah
Munirah

“Bidang tugas saya banyak terdedah kepada sinaran UV yang memerlukan saya menjaga kesihatan dan kecantikan.

“Jika tidak dirawat atau dijaga, ia boleh menyebabkan kesan iritasi pada kulit dan menjejaskan kesihatan untuk jangka panjang,” tuturnya.

Sementara itu pekerja swasta, Aziera Azir, 31, memilih alternatif lain bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Aziera
Aziera

Bagaimanapun, dia mengakui penjimatan yang boleh dibuat tidaklah begitu ketara.

“Ada beberapa jenis produk yang saya tukar apabila mendapati kesannya sama untuk manfaat diri saya namun boleh didapati pada harga lebih rendah.

“Namun jika melibatkan kos rutin rawatan seperti facial, saya tetap perlu keluarkan belanja yang sama,” kongsinya

Jurutera Runding, Hazwani Azahari, 29, pula berkata, dia tidak mengurangkan belanja bagi tujuan kesihatan dan kecantikan kerana menganggapnya amat penting.

Hazwani
Hazwani

Tambahan apabila kerjayanya melibatkan kerja luar yang banyak terdedah kepada persekitaran kotor.

“Persekitaran kerja saya yang terdedah kepada habuk dan kotoran adalah punca utama saya perlu buat rutin kecantikan.

“Tak kiralah ekonomi meleset atau tidak, rutin ini penting kepada semua wanita,” katanya.

PERSONALITI TV PILIH BERSEDERHANA

Dalam pada itu, meskipun bergelar personaliti televisyen, Siti Khadijah Jaafar, 36, lebih selesa mengamalkan rutin penjagaan kesihatan dan kecantikan pada kos yang sederhana.

Siti Khadijah
Siti Khadijah



Pembaca berita dan wartawan penyiaran Media Prima ini memberitahu, beliau lebih mementingkan penjagaan pemakanan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan diri.

“Untuk produk kecantikan saya gunakan jenama biasa, harganya tak sampai RM50 pun tapi tahan sehingga dua bulan.

“Boleh dikatakan dalam sebulan, bawah RM100 dibelanjakan untuk beli produk-produk kecantikan.

“Saya bukan jenis wanita ‘high maintenance’ tapi kebanyakan lelaki fikir saya jenis begitu. Realitinya tidak.

“Saya tak fikir kita perlu berbelanja besar untuk kecantikan dan kesihatan.

“Cukuplah jaga dari segi pemakanan. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya kepada Sinar Ahad.

Bagaimanapun, Siti Khadijah yang mesra dipanggil Khaty tidak boleh lari daripada rutin rawatan di pusat kecantikan untuk keperluan sebagai pembaca berita.

“Bagi rawatan penjagaan muka (facial) dan rambut di pusat-pusat kecantikan, kami sebagai pembaca berita mendapat elaun khas untuk menampung kosnya berjumlah RM1,200 sebulan.

“Setiap bulan Media Prima akan taja RM600 untuk facial dan RM600 lagi untuk rambut. Jadi, setiap bulan saya akan buat facial dan rawatan rambut.

“Sebagai tambahan, selain rawatan muka dan rambut, saya juga akan memperuntukkan kos bagi tujuan mengurut.

“Kerjaya sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran membuatkan badan mudah letih,” ujarnya.

Bercerita lanjut, menurut Siti Khadijah, beliau mula menjaga kecantikan diri sejak berusia 16 tahun disebabkan pengaruh daripada kakaknya yang sudah dewasa.

Namun, beliau percaya kecantikan tidak hanya diukur dari luaran, sebaliknya dari dalaman diri seseorang.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa