Sila log masuk terlebih dahulu.

Apa kata MaraFood?

09 Ogos 2022 08:30am | Masa membaca: 4 minit
Gerakan solidariti penghantar makanan melakukan boikot selama sehari pada Jumaat lalu susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
Gerakan solidariti penghantar makanan melakukan boikot selama sehari pada Jumaat lalu susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
A
A
A

MINGGU lalu segelintir penghantar makanan dalam talian GrabFood telah melancarkan mogok sehari kerana tidak berpuas hati dengan syarikat GrabFood.

Rata-rata rentetan mereka yang mogok ialah syarikat GrabFood sedang menindas mereka dengan mengurangkan kadar komisen atau telah memotong komisen yang diterima mereka.

Lain-lain ketidakpuasan ialah ketetapan syif kerja, tuntutan caruman KWSP, Sosco, insurans dan juga diserapkan sebagai pekerja penuh masa dengan gaji bulanan tetap.

Memandangkan rata-rata majoriti penghantar makanan dalam talian, adalah orang Melayu, sudah sampai masa, Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk juga menceburi bisnes penghantaran makanan dalam talian.

Mara adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab membantu orang Bumiputera Melayu.

Selama ini Mara bukan sahaja menceburi dan mempelopori perbagai bidang perniagaan tetapi juga telah membantu orang Bumiputera-Melayu menceburi pelbagai jenis aktiviti perniagaan.

Justeru, walaupun sedikit lewat, namun sudah sampai masa untuk Mara menceburi bidang penghantaran makanan dalam talian seperti FoodPanda, GrabFood dan AirAsiaFood.

Bukankah, Mara pernah membantu orang Bumiputera dalam bisnes penjualan komputer dengan Mara dengan membuka rangkaian Mara Digital Mall?

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Jadi, apa kurangnya Mara menubuhkan MaraFood.

Penubuhan MaraFood bukan sahaja akan mewujudkan satu lagi syarikat pesanan makanan dalam talian dan memberi orang awam satu lagi pilihan, tetapi MaraFood akan menjadi satu syarikat pesanan makanan dalam talian milik penuh Bumiputera, yang boleh menjadi pesaing kepada syarikat-syarikat penghantaran makanan dalam talian.

Lebih daripada itu, MaraFood boleh menjadi satu opsyen bagi orang Bumiputera-Melayu, yang kini bekerja dengan syarikat penghantaran makanan dalam pertalian yang lain untuk berpindah kerja dengan syarikat milik Bumiputera.

Saya berpendapat Mara mempunyai kepakaran yang cukup untuk membuat perisian dan platform pesanan makanan dalam talian.

Lagipun, pengantar makanan dalam talian yang rata-rata orang Melayu, restoran-restoran berkonsepkan halal dan juga pelanggan orang Melayu, sudah harus menjadi dorongan untuk Mara menceburi perniagaan penghantaran makanan dalam talian.

Apakah Mara masih tidak melihat betapa besar keuntungan yang sedang dikaut oleh syarikat-syarikat penghantaran makanan dalam talian.

Malahan, selepas penubuhan syarikat penghantaran makanan dalam talian, Mara boleh menubuhkan lain-lain syarikat-syarikat sokongan seperti syarikat sewa-beli motosikal, syarikat insurans dan membuka bengkel motor.

Semua ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan untuk Mara tetapi juga membantu orang Bumiputera dan Melayu.

Apa kata Mara? MaraFood?

*Norman Fernandez ialah seorang peguam dan penulisan ini adalah pandangan peribadi

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Hadi terkhilaf tuduh saya ahli Freemason, tapi tidak minta maaf' - Anwar
  2. Anwar mahu bertanding kerusi pengkhianat PKR
  3. 'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
  4. Tidak mustahil Setiausaha Agung wanita daripada DAP
  5. 'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'