Sila log masuk terlebih dahulu.

RM6 bilion diguna beli peralatan

CEO LTAT beri penjelasan berhubung dakwaan skandal LCS

11 Ogos 2022 08:05am | Masa membaca: 4 minit
Ahmad Nazim berkongsi gambar lokasi pembinaan kapal berkenaan di Facebooknya.
Ahmad Nazim berkongsi gambar lokasi pembinaan kapal berkenaan di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman tampil menjelaskan pembayaran RM6 bilion daripada nilai keseluruhan kontrak pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dibuat untuk menampung perbelanjaan pembelian hampir semua peralatan diperlukan bagi membina enam kapal berkenaan.

Menjelaskan rasional kerajaan telah membayar jumlah yang menyamai enam projek sedangkan perkembangan pembinaan untuk lima kapal pertama hanya mencapai 55 peratus siap, Ahmad Nazim berkata, ia disebabkan pembelian pukal peralatan untuk kesemua kapal berkenaan.

Ini kerana katanya, pembelian peralatan secara pukal jauh lebih murah berbanding membelinya secara berasingan.

“Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design (reka bentuk asas) dan detailed design (reka bentuk terperinci) yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.

“Sejumlah RM9 bilion untuk enam kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion.

“Mesir membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9 bilion satu LCS. Amerika Syarikat bina LCS mereka pada harga RM2.4 bilion sebuah sebab lebih canggih,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Ahmad Nazim
Ahmad Nazim

Tambahnya, selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal tentera laut yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) terpaksa mengambil alih syarikat berkenaan demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan BNS.

“Maka sebahagian daripada wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ujarnya, di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3,000 jurutera, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion.

Ahmad Nazim dalam masa sama turut mengesahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang dijalankan kerana beliau sememangnya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan projek LCS secara dasarnya terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai faktor, namun pada April tahun ini kabinet memutuskan untuk menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Hadi terkhilaf tuduh saya ahli Freemason, tapi tidak minta maaf' - Anwar
  2. Anwar mahu bertanding kerusi pengkhianat PKR
  3. 'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
  4. Tidak mustahil Setiausaha Agung wanita daripada DAP
  5. 'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'