Sila log masuk terlebih dahulu.

Gerakan Tanah Air dan Tun M

13 Ogos 2022 09:30am | Masa membaca: 4 minit
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menubuhkan gabungan parti politik baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA).

GTA merupakan gabungan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi Parti Pejuang Tanah Air, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan lain-lain lagi.

Ini merupakan kali ketiga Tun M menubuhkan parti atau gabungan baharu, bermula dengan UMNO Baru, setelah itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan kini, GTA.

Terdapat beberapa persamaan antara parti-parti baharu yang ditubuhkan Tun M. Pertama sekali, beliau akan menubuhkan parti baharu selepas parti asal menunjukkan kesan-kesan bahawa pimpinan beliau tidak disenangi. Contohnya, UMNO Baru ditubuhkan setelah Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li nyaris menewaskan Tun M ketika pemilihan UMNO pada tahun 1987.

Tun M menubuhkan UMNO Baru dan hanya menerima ahli-ahli UMNO lama yang menyokong beliau, setelah parti itu diperintahkan pembubaran oleh mahkamah kerana bercanggah dengan undang-undang Pendaftaran Pertubuhan. Pasukan Ku Li pula menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menentang UMNO Baru pada ketika itu.

Menjelang tahun 2015, setelah isu 1MDB menjadi tular, Tun M menasihati agar ahli-ahli UMNO menolak Datuk Seri Najib Razak, namun nasihat tersebut diingkar hampir sepenuhnya. Maka beliau menarik diri daripada UMNO dan menubuhkan Bersatu.

Selepas menjawat sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, Tun M pula menarik diri daripada pucuk pimpinan Bersatu kerana majoriti barisan pemimpin parti itu inginkan bersekutu dengan UMNO dan Pas untuk menggantikan Pakatan Harapan (PH). Dengan ini, Pejuang ditubuhkan.

Persamaan yang kedua ialah parti-parti yang ditubuhkan Tun M adalah parti berasaskan kaum iaitu bumiputera atau Muslim sahaja.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pada hemat saya, politik berunsurkan kaum lebih senang untuk dipimpin. Lazimnya, prinsipal perjuangan untuk satu kaum adalah untuk mengantagoniskan kaum lain.

Pimpinan ini akan menjadi rumit sekiranya parti politik satu kaum ini bergabung dengan parti lain untuk menubuhkan gabungan parti politik pelbagai kaum. Contohnya, gabungan UMNO-MCA-MIC menjadi Barisan Nasional (BN), ataupun gabungan DAP-PKR-Amanah menjadi PH.

Sebelum pengenalan media sosial, adalah senang bagi Tun M sebagai Perdana Menteri ke-4 untuk memerintah Malaysia dengan kawalan ketat ke atas media tradisional, iaitu satu-satunya aliran maklumat kepada rakyat jelata. Sekiranya kehilangan kawalan, maka tindakan pengawalan ketat akan diambil ke atas media.

Contohnya Operasi Lalang pada tahun 1987 apabila lesen penerbitan The Star, The Sun Daily, Sin Chew dan Watan ditarik balik. Ketika itu, ramai ahli politik juga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setelah pengenalan media sosial, di mana maklumat-maklumat boleh didapati secara senang secara dalam talian, Tun M tidak lagi senang memerintah sesebuah kerajaan gabungan kaum. Banyak percanggahan polisi dalaman muncul dan tidak dapat dikawal.

DAP telah menjanjikan pengiktirafan UEC serta-merta kepada pengundi-pengundi kaum Tionghoa sekiranya PH menubuhkan kerajaan pusat, manakala Tun M pula menuduh Dong Zong yang merupakan penaung UEC sebagai perkauman.

Satu lagi contoh di mana Tun M juga tidak dapat memenuhi janjinya dengan PKR dan DAP berkenaan hak-hak kepada kaum lain.

Dengan ini, tidak susah bagi kita untuk memahami tujuan penubuhan gabungan parti baharu ini. Apabila BN, PN, dan PH tersangkut dengan polisi pelbagai kaum, adalah lebih senang bagi Tun M untuk mendapatkan sokongan sesetengah golongan Melayu yang melihat ini sebagai satu pilihan yang baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

*Tai Zee How, juga dikenali sebagai YouTuber Apek Cina, ialah seorang peguam dan pemerhati politik.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Apa status sebenar permohonan batal Final Award?
  2. Daftar pemilih SPR jadi rujukan sampel kaji selidik
  3. Tingkatkan kebijaksanaan diplomasi
  4. WFH bukan lagi keutamaan
  5. Masih ramai tak tahu keperluan penjagaan paliatif