Sila log masuk terlebih dahulu.

Kekangan tawaran pekerjaan sektor kerajaan

16 Ogos 2022 07:50am | Masa membaca: 4 minit
Pelajar Program Kimia Analisis Forensik UiTM Shah Alam sedang menjalankan analisis cat di makmal universiti.
Pelajar Program Kimia Analisis Forensik UiTM Shah Alam sedang menjalankan analisis cat di makmal universiti.
A
A
A

SHAH ALAM - Profesion sebagai pakar kimia analisis forensik di negara ini dilihat masih baharu di beberapa bidang profesional dan menyebabkan penawaran jawatan itu terhad.

Ezlan Elias
Ezlan Elias

Pensyarah Program Kimia Analisis Forensik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ezlan Elias berkata, negara sememangnya memerlukan lebih ramai graduan yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut.

“Kalau boleh kita nak setiap graduan bekerja dalam forensik.

Tapi bidang ini masih dikategorikan sebagai baharu dan berlaku kekangan penawaran jawatan forensik ini di sektor kerajaan.

“Ia berbeza dengan di luar negara seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai ramai pakar forensik.

Malah polis di sana juga mempunyai jabatan dan makmal forensik sendiri.

“Forensik Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di AS sudah wujud sejak 1936.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Jadi jawatan dan jabatan mereka banyak, malah polis di setiap pekan-pekan kecil pun mempunyai makmal sendiri.

“Polis kita ada di makmal forensik, tetapi hanya bidang tertentu sahaja yang mereka boleh analisis seperti audio, video dan peluru,” katanya.

Justeru Ezlan menyarankan pihak kerajaan supaya membuka lebih banyak perjawatan untuk profesion itu bagi menampung keperluan negara mendepani cabaran penyiasatan di masa hadapan.

“Ini juga supaya keseluruhan sistem akan menjadi lebih efisien dan baik sekali gus menambahkan peluang melahirkan lebih ramai pakar forensik pelbagai bidang dalam negara,” jelasnya.

Ujarnya, UiTM telah melahirkan 1,057 graduan dalam bidang kimia analisis forensik dengan purata 65 graduan setiap tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2006.

Beliau berkata, kebanyakan mereka kini sedang berkhidmat di Jabatan Kimia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia selain tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kajian alumni forensik untuk persediaan pembentangan semakan kurikulum program ijazah tahun ini mendapati graduan UiTM yang bekerja di Jabatan Kimia dan agensi penguatkuasaan adalah 15 peratus.

“Ahli kimia di syarikat swasta pula sebanyak 70 peratus manakala bidang lain seperti tenaga pengajar akademik di IPT dan yang menyambung pelajaran (15 peratus).

“Sehingga kini hampir 80 graduan program forensik di UiTM yang sedang bekerja sebagai pegawai sains forensik di Jabatan Kimia bagi setiap negeri, ini satu perkembangan yang amat baik sebenarnya,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Hadi terkhilaf tuduh saya ahli Freemason, tapi tidak minta maaf' - Anwar
  2. Anwar mahu bertanding kerusi pengkhianat PKR
  3. 'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
  4. Tidak mustahil Setiausaha Agung wanita daripada DAP
  5. 'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'