Sila log masuk terlebih dahulu.

PAC tidak dapat maklumat pendedahan Rafizi

16 Ogos 2022 11:23pm | Masa membaca: 4 minit
Shu Qi ketika program Wacana Sinar edisi ke-361 bertajuk 'LCS: Ada Dalam Tiada' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Shu Qi ketika program Wacana Sinar edisi ke-361 bertajuk 'LCS: Ada Dalam Tiada' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Maklumat mengenai pendedahan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai penyelewengan dana berjumlah RM890 juta oleh pengendali projek kapal tempur pesisir (LCS) masih belum diterima oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setakat hari ini.

Namun Ahli jawatankuasa PAC, Wong Shu Qi berkata, PAC amat mengalukan sebarang maklumat sahih berkenaan skandal berkenaan untuk dipertimbangkan dalam siasatan seterusnya.

“Kalau beliau (Rafizi) sudi memberi semua maklumat berkenaan, kami amat mengalu-alukan supaya kita boleh 'follow up' dalam prosiding dan tindakan susulan untuk projek LCS ini.

“Namun kalau dirujuk dalam bab audit forensik dalam laporan LCS, kita mendapati bahawa ada dua sub kontraktor yang diberikan kontrak sebelum 2014, iaitu kontrak belum ditandatangan tetapi 'letter of award' (LOA) sudah banyak kali diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan ia telah lantik Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) untuk membekalkan peralatan serta perkhidmatan kepada LCS.

“Jadi banyak duit dibayar oleh BNS kepada dua buah syarikat ini dan itu adalah satu isu yang perlu disiasat kerana CAD, CED adalah ‘join venture’ dalam Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC),” katanya dalam program Wacana Sinar edisi ke-361 bertajuk 'LCS: Ada Dalam Tiada' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Shu Qi (tengah) bersama Penganalisi Pertahanan dan Geostrategik, Muhamad Fuad Mat Noor (kanan) dan Ismail Adnan (kiri) ketika program Wacana Sinar edisi ke-361 bertajuk 'LCS: Ada Dalam Tiada' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Shu Qi (tengah) bersama Penganalisi Pertahanan dan Geostrategik, Muhamad Fuad Mat Noor (kanan) dan Ismail Adnan (kiri) ketika program Wacana Sinar edisi ke-361 bertajuk 'LCS: Ada Dalam Tiada' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Turut menjadi panelis adalah Penganalisis Pertahanan dan Geostrategik, Muhamad Fuad Mat Noor manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Shu Qi mendedahkan, PAC gagal menyemak status kewangan CAD dan CED menerusi audit forensik yang dilakukan walaupun kedua-dua syarikat itu di bawah penyeliaan BHIC yang mempunyai pegangan saham sebanyak 51 peratus.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Pengerusi BHIC ketika itu sudah melepaskan hak pegangan kepada syarikat Jerman, Rheinmetall Air Defense (RAD). Jadi setakat ini PAC tidak mengetahui status kewangan dalam syarikat orang tengah itu,” katanya.

Sementara itu mengenai dakwaan bahawa laporan yang dibentangkan PAC berkenaan projek LCS bersifat tidak profesional dan bertujuan politik, Shu Qi menegaskan, kesemua syor yang dibentangkan mendapat persetujuan ahli jawatankuasa.

“Beberapa hari selepas laporan LCS dibentangkan dalam Parlimen, pelbagai dakwaan dilontarkan kepada PAC, mungkin kerana Pengerusi PAC adalah daripada DAP.

“Sebenarnya amalan dalam PAC adalah consensus (muafakat), kita tidak akan membentangkan laporan yang tidak mencapai persetujuan antara semua ahli jawatankuasa dan tujuh syor yang dipaparkan dalam laporan ini adalah persetujuan semua ahli jawatankuasa PAC,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Hadi terkhilaf tuduh saya ahli Freemason, tapi tidak minta maaf' - Anwar
  2. Anwar mahu bertanding kerusi pengkhianat PKR
  3. 'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
  4. Tidak mustahil Setiausaha Agung wanita daripada DAP
  5. 'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'