Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih mudah berambut pendek

20 Ogos 2022 09:00am | Masa membaca: 4 minit
Gambar kecil: Christine Cheah
Gambar kecil: Christine Cheah
A
A
A

MINGGU lalu, komuniti Tionghua panas gara-gara isu seorang murid berumur tujuh tahun digunting rambutnya oleh cikgu.

Rambut yang digunting tidak sama rata menyebabkan murid tersebut sedih dan malu sehingga demam selama tiga hari selepas kejadian itu. Dia juga fobia untuk ke sekolah.

Ramai netizen yang berpihak kepada ibu bapa murid berkenaan mengatakan cikgu tidak patut berbuat demikian. Menurut netizen, cikgu sepatutnya memberitahu ibu bapa murid tersebut untuk membawa anak ke kedai gunting rambut.

Sebenarnya kejadian itu sering berlaku terutama di sekolah beraliran Cina. Murid perempuan juga tidak dibenarkan berambut panjang melebihi dagu dan ‘bangs’ (rambut di depan muka) tidak melebihi bulu kening.

Peraturan sekolah beraliran Cina itu telah lama wujud. Ada sebab sekolah terpaksa berambut pendek.

Pertama, berdisiplin. Sekolah adalah tempat melatih disiplin murid, selain mendidik. Murid-murid berketerampilan kemas berambut pendek. Peraturan tersebut memastikan murid berdisiplin untuk memastikan rambut tidak berserabut.

Kebelakangan ini ramai ibu bapa merungut mengatakan murid perempuan boleh memastikan rambut panjang diikat kemas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan pelajaran di sekolah.

Bagi murid perempuan, peraturan sekolah beraliran Cina ada sejarahnya. Di China, gaya rambut pendek untuk wanita bermula sejak kejatuhan dinasti Qing dan mendiang pemimpin Parti Komunis, Mao Zedong pernah berkata: “Jika kepala wanita dan lelaki sama, kenapa wanita perlu ikat rambutnya dalam satu longgok yang janggal itu?”

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Tidak lama kemudian, gaya rambut pendek perempuan menjadi trend dan kebanyakan askar petani komunis berambut pendek kerana gaya tersebut pragmatik serta senang dijaga.

Lebih mudah berambut pendek turut menjadi salah satu sebab sekolah aliran Cina menguatkuasakan rambut pendek untuk murid perempuan.

Pada pendapat komuniti Tionghua, anak-anak patut menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran di sekolah. Berambut panjang mengalihkan tumpuan murid perempuan kepada fesyen, solekan dan kecantikan.

Dengan rambut yang panjang, banyak masa diperlukan untuk bersiap sebelum ke sekolah. Lebih banyak syampu dan air akan digunakan.

Walaupun zaman sekarang ibu bapa tidaklah berjimat sangat untuk syampu dan air bagi kegunaan anak-anak tetapi ia adalah sebab peraturan tersebut diasaskan di sekolah beraliran Cina dahulu.

Pada Jun lalu, terdapat cikgu yang membalas semula kenyataan seorang ibu yang mengkritik pihak sekolah menggunting rambut anaknya tanpa pemberitahuan awal dan mencadangkan pihak sekolah untuk menjemput tukang rambut bagi memotong rambut murid.

Cikgu tersebut bertanya: “Anak kamu yang melanggar peraturan sekolah. Kenapa tidak membawa anak ke salon rambut?”

Oleh sebab kejadian itu berlaku di sekolah menengah, kebanyakan netizen berpihak kepada cikgu kerana mereka berpendapat ibu bapa yang patut bertanggungjawab memastikan rambut anak pendek.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah menyatakan bahawa guru tidak sepatutnya menggunting rambut murid kerana sekiranya guru berbuat demikian dan berlaku kesilapan, ia akan mendatangkan masalah.

Banyak pihak yang telah mencadangkan agar pihak sekolah menghubungi ibu bapa terlebih dahulu jika anak-anak didapati melanggar peraturan sekolah dari segi gaya dan rambut panjang. Langkah itu sememangnya diambil oleh kebanyakan sekolah tetapi terdapat kes ibu bapa atau penjaga tidak dihubungi.

Sekiranya cikgu terpaksa mengambil langkah drastik menggunting rambut murid, ibu bapa murid patut diminta hadir menjadi ‘saksi’. Kebanyakan ibu bapa yang ‘menjaga air muka’ dan sayangkan anak tidak akan membiarkan kejadian sebegini berlaku.

Garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah baik untuk memupuk sifar disiplin dalam diri murid tetapi disiplin kendiri bermula daripada keinsafan diri dan kerjasama keluarga, khususnya ibu bapa.

* Christine Cheah ialah seorang pemudi yang ingin mengangkat martabat wanita dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Hadi terkhilaf tuduh saya ahli Freemason, tapi tidak minta maaf' - Anwar
  2. Anwar mahu bertanding kerusi pengkhianat PKR
  3. 'Recycle' pemimpin pencen, tanduskah pemimpin muda?
  4. Tidak mustahil Setiausaha Agung wanita daripada DAP
  5. 'Kaji mengapa sekolah vernakular lebih menjadi pilihan'