Sila log masuk terlebih dahulu.

Umat Islam perlu yakin terhadap sistem institusi zakat
Artikel percuma

26 Ogos 2022 11:45am | Masa membaca: 4 minit
Mahadi (kanan) menjadi panel jemputan dalam program Sinar Live bertajuk Nampak Sikit Tapi Besar Di Sana yang bersiaran di semua platform Sinar Harian pada Khamis.
Mahadi (kanan) menjadi panel jemputan dalam program Sinar Live bertajuk Nampak Sikit Tapi Besar Di Sana yang bersiaran di semua platform Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat terutamanya umat Islam perlu ada keyakinan terhadap kemampuan sistem institusi zakat dalam negara ini.

Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berkata, ia berikutan pembahagian zakat melalui institusi dilihat lebih adil kerana dilengkapi dengan data-data maklumat untuk golongan penerima zakat yang layak.

“Jika kita lihat pusat pungutan zakat, mereka boleh bahagikan zakat tersebut (secara sama rata) sebab mereka ada sistem dan bancian.

“Saya ada jumpa (bertanya kepada) Pusat Zakat Pulau Pinang, setiap bulan mereka mengagihkan RM50 juta kepada golongan yang memerlukan.

“Bila orang memberi zakat melalui kaedah ini, asbab daripada sistem institusi zakat, pahalanya memang akan sampai. insya-ALLAH, institusi zakat termasuk Pusat Zakat Pulau Pinang memang melakukan dengan sistem yang ada dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan dalam program Sinar Live bertajuk Nampak Sikit Tapi Besar Di Sana yang bersiaran di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Mahadi menyeru masyarakat agar membayar zakat menerusi sistem institusi zakat dalam negara.
Mahadi menyeru masyarakat agar membayar zakat menerusi sistem institusi zakat dalam negara.

Ulas Mahadi, memang ada segelintir masyarakat yang lebih memilih kaedah memberi zakat secara individu berbanding kepada institusi zakat itu sendiri namun, ia tidak digalakkan kerana dibimbangi perbuatan tersebut menyebabkan penerima-penerima zakat akan mendapat jumlah bantuan yang tidak sama.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Sebagai contoh, ada seorang asnaf menerima bantuan zakat daripada kita, tetapi dia juga terima daripada orang-orang lain, maksudnya dia mendapat lebih daripada apa yang sepatutnya dia peroleh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahadi turut mengakui bahawa adakalanya beliau pernah diuji apabila rasa keberatan untuk memberi zakat.

Bagaimanapun, menurutnya, faktor pengaruh daripada orang sekeliling yang banyak membantu beliau memulihkan semangatnya selain memberi dorongan, motivasi serta pengetahuan mengenai kepentingan zakat.

Selain itu, orang ramai juga perlu mempelajari kelebihan serta manfaat zakat supaya mereka lebih memahami definisi zakat itu sendiri.

“Bila saya rasa berat hati untuk bayar zakat, mungkin ALLAH uji. Sebab bila duit banyak pun (nauzubillahiminzalik), boleh jadi istidraj, di mana ALLAH boleh menguji melalui kekayaan atau kesusahan.

“Sebab itu, saya pernah beritahu, jika kita dikelilingi oleh orang-orang yang betul, mereka akan menggalakkan dan mengingatkan kita untuk membayar zakat.

“Secara langsung, perbuatan itu akan mendorong kita ke hadapan, insya-ALLAH,” jelasnya.

Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan