Sila log masuk terlebih dahulu.

[MULTIMEDIA] Hampir 30 elit politik didakwa sejak 2018

Bersabit kes rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan penyelewengan dana awam

[MULTIMEDIA] SELEPAS Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, negara menyaksikan ramai elit politik dan orang kenamaan telah diheret ke mahkamah kerana didakwa terlibat dalam aktiviti rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan penyelewengan dana awam.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan elit politik dan kroni yang terkait dengan pemerintahan kerajaan terdahulu sebelum PH mengambil alih pentadbiran Putrajaya selama 22 bulan.

Bagaimanapun, tidak semua elit politik tersebut berjaya dibuktikan salah selepas mereka dibicarakan.

Setakat ini, hanya tujuh orang telah dibuktikan bersalah atas pertuduhan rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan penyelewengan dana awam.

Selebihnya pula sedang menghadapi perbicaraan mengikut pertuduhan masing-masing sama ada di Mahkamah Sesyen ataupun Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, terdapat juga elit politik yang dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah dengan syarat-syarat tertentu.

Disyorkan artikel berkaitan ini: