Sila log masuk terlebih dahulu.

Kenaikan harga lantai mampu redakan tekanan penoreh

13 September 2022 08:40am | Masa membaca: 4 minit
Donya berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan sepanjang musim Monson Timur Laut.
Donya berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan sepanjang musim Monson Timur Laut.
A
A
A

KUALA KRAI - Kenaikan harga lantai getah dilihat mampu meredakan ‘tekanan’ yang dihadapi oleh penoreh ketika berdepan kejatuhan harga komoditi itu.

Kenaikan tersebut juga boleh menjadi ‘penyelamat’ ketika penoreh berdepan Monsun Timur Laut yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari rezeki.

Penoreh getah, Donya Wook, 61, berkata, cadangan menaikkan harga lantai getah disifatkan sebagai salah satu usaha baik yang perlu diambil oleh kerajaan.

“Apabila ada harga lantai, kami penoreh tidak berdepan dengan kerugian yang teruk sekiranya harga getah di pasaran menjunam.

“Dengan adanya kenaikan ini dapatlah penoreh membuat tabungan untuk berdepan sebarang kemungkinan berlakunya kecemasan pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.Dia yang berasal dari Kampung Slow Mengkuang di sini berkata, kejatuhan harga getah sehingga mencecah RM1.20 sebelum ini meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.

Katanya, kejatuhan itu menyebabkan dia terpaksa ‘mengorek’ tabung bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Getah adalah ‘hidup mati’ saya dalam meneruskan kehidupan dan pekerjaan ini sudah sebati dalam diri,” ujarnya.

Donya berkata, penoreh turut berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan sepanjang musim Monson Timur Laut.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Menurutnya, bantuan tersebut amat membantu sepanjang tempoh berkenaan di mana mereka tidak dapat keluar rumah untuk menoreh getah.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Dari anak tani, Ab Rauf kini dijulang Ketua Menteri
  2. Perkara penting untuk pendidikan
  3. Kekang ketagihan telefon pintar
  4. Dilema Melayu atau dilema Tun M kekal relevan?
  5. Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu