Sila log masuk terlebih dahulu.

Syarat Puteri Gunung Ledang

05 Oktober 2022 08:45am | Masa membaca: 4 minit
Laporan Sinar harian pada Isnin.
Laporan Sinar harian pada Isnin.
A
A
A

GELI hati juga Awang baca kenyataan Tuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat pasal kerjasama Pas dengan UMNO.

Kata beliau, kalau nak bersama Pas, janganlah UMNO letak syarat macam kisah Puteri Gunung Ledang.

Bagi mereka yang tahu legenda puteri itu, semasa Sultan Mahmud berhajat nak mengahwininya, beliau bagi tujuh syarat yang hebat-hebat.

Antaranya puteri itu mahukan sultan buatkan jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.

Kata Tuk Seri Tuan Ibrahim, beliau lebih suka cari titik persamaan, 'jangan letak syarat yang bukan-bukan dan pelik'.

Kata beliau lagi, Pas sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama dengan UMNO selama ini.

Sebelum itu, Tuk Seri Zahid bagi tiga syarat jika Pas nak bersama UMNO. Di antaranya, Pas tidak boleh kerjasama dengan Bersatu.

UMNO nampaknya nak kuburkan Perikatan Nasional (PN).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Ada pemerhati politik kata, begitu sombong UMNO. Tak mahu kerjasama dengan Pas dan Bersatu, rakan kongsi yang memungkinkan mereka tubuh kerajaan.

Ada yang kata apakah UMNO yakin dapat lebih 80 kerusi dalam PRU15 untuk buat kerajaan dengan parti Sarawak dan lain-lain?

Sekarang UMNO ada 41 kerusi Parlimen, ada yang kata kalau boleh kekal jumlah itu dah nasib baik.

Awang rasa elok sangat Pas fikir masak-masak hubungannya dengan UMNO. Nak 'mutaah' sekalipun carilah yang rela.

Lagipun ada yang lebih cantik dan jujur daripada Puteri Gunung Ledang.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menangani gejala murtad
  2. Tioman kayu ukur penting
  3. Kabinet Anwar punya banyak kelebihan: Penganalisis
  4. Saya tak jangka tewas seperti ini
  5. Bagaimana hebat perancangan manusia, hebat lagi perancangan Tuhan...