Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerjasama dengan Pas, UMNO negeri tunggu keputusan UMNO Pusat

Terserah kepada UMNO Pusat untuk menentukan status kerjasama parti itu bersama Pas di bawah panji Muafakat Nasional (MN).

08 Oktober 2022 08:00pm | Masa membaca: 4 minit
Pendirian terkini Pas yang kekal mahu bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu berkemungkinan menyebabkan parti itu akan dipinggirkan UMNO menjelang PRU15.
Pendirian terkini Pas yang kekal mahu bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu berkemungkinan menyebabkan parti itu akan dipinggirkan UMNO menjelang PRU15.
A
A
A

SHAH ALAM - Terserah kepada UMNO Pusat untuk menentukan status kerjasama parti itu bersama Pas di bawah panji Muafakat Nasional (MN) susulan Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, secara peribadi, UMNO negeri itu sememangnya sangat mengalu-alukan kerjasama dengan Pas menjelang PRU15 memandangkan hubungan dengan parti itu di peringkat akar umbi juga sangat utuh.

Datuk Musa Sheikh Fadzir
Datuk Musa Sheikh Fadzir

Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO sukar menjalinkan kerjasama politik dengan Pas sekiranya parti itu masih mengekalkan pendirian untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu di Pulau Pinang, tetapi kita mahu berkawan dengan Pas. Tetapi kalau Pas masih mahu kekal bekerjasama dengan Bersatu, bagaimana kita hendak bincang pasal isu pembahagian kerusi pilihan raya dan kerjasama PRU?

"Akar umbi UMNO di Pulau Pinang sudah menolak sepenuhnya Bersatu, jadi UMNO pastinya sukar menerima Pas jika parti itu membawa Bersatu bersama dalam soal rundingan pilihan raya.

"Apa pun, UMNO Pulau Pinang akan serah kepada UMNO Pusat untuk buat keputusan lanjut. Segala keputusan dibuat akan dibincangkan kemudian di peringkat UMNO negeri," katanya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Abdul Hadi (tengah) telah menetapkan pendirian Pas kekal untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan Bersatu, selaras dengan usaha penyatuan ummah bagi menghadapi PRU15.
Abdul Hadi (tengah) telah menetapkan pendirian Pas kekal untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan Bersatu, selaras dengan usaha penyatuan ummah bagi menghadapi PRU15.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terkini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan tetap meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan 'komitmen' ketiga-tiga parti teras Melayu bagi menghadapi PRU15.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada Sabtu dengan parti itu turut berpandangan perlu ada 'keanjalan' dalam rundingan dengan UMNO dan Bersatu, termasuklah berkenaan syarat-syarat dikemukakan dan rundingan kerusi sedang diusahakan.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Pas seolah-olah akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan MN tidak lama lagi.

Ahmad Zahid turut mendedahkan UMNO meletakkan tiga syarat utama kepada Pas sekiranya parti itu mahu menjalinkan kerjasama PRU15 iaitu memutuskan hubungan dengan Bersatu, keluar daripada PN serta membuat pengumuman rasmi mereka sepenuhnya mufaraqah (berpisah) dengan PN dan Bersatu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut senada dengan Musa apabila menyerahkan segala keputusan lanjut kepada UMNO Pusat di atas pendirian terkini dikemukakan Pas.

Ahmad Jazlan - Bernama Photo
Ahmad Jazlan - Bernama Photo

Jelas beliau, UMNO Kelantan perlu menghormati segala keputusan yang dibuat UMNO Pusat kelak, demi kepentingan parti itu dalam menghadapi PRU15.

Berkenaan dengan keputusan Pas untuk menolak cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri dikuasai parti itu dalam tempoh terdekat, Ahli Parlimen Machang itu juga menghormati pendirian parti berkenaan.

"Bagaimanapun, sekiranya Parlimen bubar dan kerajaan Pas Kelantan enggan bubar dalam masa terdekat, saya melihat kelebihan sebenarnya terletak di tangan UMNO kerana kita masih mempunyai ruang dan masa untuk memenangi hati rakyat negeri ini.

"Meskipun ahli Parlimen Pas menyokong Perdana Menteri UMNO di Pusat, kita tidak boleh menganggap UMNO Kelantan sebagai sebahagian daripada kerajaan kerana apa sahaja perkara berkaitan urus tadbir kerajaan negeri tidak pernah di bawa ke dalam pengetahuan UMNO negeri.

"UMNO Kelantan akan pastikan seluruh jentera parti dikerahkan untuk mendekati rakyat dan saya yakin rakyat negeri itu akan memilih UMNO-BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana parti ini sudah mempunyai rekod pencapaian memberangsangkan di Pusat dan negeri," tegasnya lagi.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan