Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU berasingan: Norma baharu?

14 Oktober 2022 07:15am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

EMPAT hari telah berlalu sejak pembubaran Parlimen diumumkan, sekali gus membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh 60 hari. Penerimaan rakyat ke atas pengumuman itu masih berbelah bahagi.

Dua tahun lalu, ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19, kita diminta menerima norma baharu kehidupan. Kita mengadaptasi diri dengan kehendak dan keperluan cabaran baharu. Ini termasuklah mengamalkan penjarakan sosial dan mengenakan pelitup muka.

Malah perkara itu turut diamalkan ketika empat pilihan raya negeri (PRN): Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor, selain dua pilihan raya kecil.

Kita sedang menuju ke arah satu lagi norma baharu. Selama ini kita menggunakan platform yang sama untuk mengundi ketika PRU: bagi kedua-dua kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) (bagi negeri-negeri yang terlibat). Sabah yang pernah mengadakan PRN berasingan sejak selepas menyertai Malaysia, telah mengubah corak mereka bermula PRU 2004. Sarawak yang awalnya mengadakan PRU serentak dengan negeri-negeri di Semenanjung, memutuskan untuk menganjurkan secara berasingan mulai 1979, setahun selepas PRU 1978. Amalan itu diteruskan sehingga PRN lepas.

Semasa perutusan khas Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa kesemua kerajaan negeri terlibat agar membubarkan DUN untuk PRU serentak. Enam kerajaan negeri, ditadbir Pas dan Pakatan Harapan (PH) dilaporkan tidak akan membubarkan DUN mereka sekarang. Pahang, Perlis dan Perak, negeri-negeri diterajui Barisan Nasional (BN), sehingga artikel ini ditulis belum menunjukkan tanda-tanda akan ada pembubaran di negeri mereka.

Menteri Besar Pahang masih menanti tarikh menghadap Pemangku Raja bagi mendapatkan perkenan membubarkan DUN. DUN Perak yang dijangka dibubarkan kelmarin (Rabu) tidak menjadi kenyataan.

Menteri besar dilaporkan berkata, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengumumkan keputusan baginda mengenai perkara itu. Perkembangan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana menjadi hak sultan untuk memutuskan permintaan pembubaran DUN, dan ia pernah terbukti pada 2009.

Sementara ketua kerajaan negeri Selangor dan Negeri Sembilan sudah agak jelas dalam memenuhi keputusan parti, Pulau Pinang dilihat berbelah bahagi.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Mereka dilihat mahu PH pusat mempertimbangkan keputusan ke arah mengadakan PRU serentak – Parlimen dan DUN.

Jika situasi berasingan yang muncul sekarang berterusan dan terus dipraktikkan, bermakna kita akan menyaksikan pilihan raya hampir setiap tahun. Akan ada PRN pada tahun depan susulan PRU Parlimen dalam beberapa minggu ini, Sarawak dan Melaka (2026), Johor (2027) dan Sabah (2025). Cuma tahun 2024 yang akan bebas daripada sebarang pilihan raya. Itu pun bergantung kepada keadaan.

Sekiranya ia menjadi norma baharu bermakna rakyat akan keluar mengundi dua kali untuk memilih wakil rakyat bagi kedua-dua Parlimen dan DUN.

Ketika ramai beranggapan ia bakal membebankan pengundi, ia juga boleh membawa kepada implikasi kewangan pengurusan pilihan raya yang besar.

Pun begitu ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara demokrasi mengamalkan pilihan raya berasingan, setiap dua atau tiga tahun, meliputi sama ada pilihan raya bagi memilih ketua negara, anggota Parlimen dan kerajaan tempatan, malah pilihan raya peringkat daerah dan belia.

Pengundi perlu bersedia untuk persekitaran baharu pilihan raya. Kecuali kita menyediakan undang-undang mengenai notis makluman pembubaran lebih awal dan pilihan raya serentak, sebagaimana disyorkan oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya bagi kedua-dua peringkat negeri dan Persekutuan, dan pilihan raya kerajaan tempatan jika dihidupkan semula.

* Dr G Manimaran ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Langkah positif lonjakkan semula CPI Malaysia
  2. Malaysia wajar contohi mekanisme Indonesia
  3. Kerajaan Perpaduan akan laksana reformasi institusi
  4. Antara reformasi dan nepotisme
  5. Azam Baki kurang setuju, tapi terbuka cadangan reformasi SPRM