Sila log masuk terlebih dahulu.

'PH tinggalkan projek besar dalam bidang pendidikan'

25 Oktober 2022 08:05pm | Masa membaca: 4 minit
Dr Maszlee Malik.  - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Dr Maszlee Malik. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengakui Pakatan Harapan (PH) meninggalkan ‘projek besar’ yang mampu mengubah sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, perkara itu sudah dalam peringkat akhir namun tidak sempat dilakukan kerana kerajaan bertukar.

“Sebenarnya kita tinggalkan satu projek besar iaitu laporan jawatankuasa pendidikan negara yang mana mereka mengusulkan total reform di dalam satu usul yang dipanggil model pendidikan baharu,” katanya.

Beliau berkata pada program Sinar Live bertajuk ‘Cabaran dan Masa Depan Pendidikan’ yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, perancangan berkenaan sudah dibentangkan di kabinet pada tahun 2020 dan akan dilaksanakan pada 2021.

“Matlamat terakhir adalah pada tahun 2023, pendidikan kita akan setaraf Singapura dari segi matematik dan sains, setaraf dengan Finland (perguruan dan persekolahan), setaraf dengan Jepun dari segi nilai dan disiplin, setaraf dengan Germany (vokasional dan kemahiran),” katanya.

Program Sinar Live bertajuk “Cabaran dan Masa Depan Pendidikan” bersama bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Program Sinar Live bertajuk “Cabaran dan Masa Depan Pendidikan” bersama bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata, malangnya bila pucuk pimpinan bertukar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mahu teruskan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Perkara ini saya bawa juga ke Parlimen dan sekarang apa yang berlaku kerajaan hapuskan peperiksaan UPSR dan PT3 sebenarnya bukan itu yang rakyat mahukan,” jelasnya.

Tambahnya, isu cikgu Mohd Fadli yang timbul kini adalah cerminan sebenar apa yang berlaku di dalam KPM.

“Sebagai contoh, hasil data yang diperoleh badan antarabangsa menunjukkan Malaysia antara negara yang tidak proaktif dan agak tercorot di dalam usaha memulihkan sistem pendidikan selepas Covid-19.

Kata Maszlee, kerajaan hari ini tidak melakukan langkah pemulihan sepatutnya dalam pendidikan seperti negara-negara lain.

“Memang setiap kali belanjawan peruntukan besar diberikan kepada KPM tetapi perincian terhadap proses pemulihan tidak berlaku.

“Kalau kita lihat titah Yang di-Pertuan Agong pada September 2021 ketika pembukaan Parlimen, dengan jelas Baginda Tuanku menitahkan akan perlu adanya kolaborasi semua pihak merentasi politik dan ideologi kepakaran wujudkan jawatankuasa untuk merangka pelan jangka masa panjang pendidikan pasca Covid-19,” ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Ada cubaan laga-lagakan penyokong Zahid, Bossku: MKT UMNO
  2. Formula 'segar' untuk UMNO
  3. Rahsia teknologi dalam ibadah puasa
  4. Menangani isu-isu dana politik
  5. Muda tidak cukup bagus buat PH?