Sila log masuk terlebih dahulu.

Pilihan raya 'TikTok' penentu capai pengundi atas pagar

01 November 2022 06:58am | Masa membaca: 4 minit
Amir ketika program Sinar Live bertajuk Persaingan Sengit, Pengundi Atas Pagar Macam Mana yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin.
Amir ketika program Sinar Live bertajuk Persaingan Sengit, Pengundi Atas Pagar Macam Mana yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Strategik KRA Group, Amir Fareed Rahim menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai pilihan raya 'TikTok' dalam mencapai pengundi atas pagar.

Menurut Amir, penggunaan media sosial memainkan peranan penting sebagai penentu untuk calon parti berkempen sekaligus meraih pengundi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“Sekarang tahun ini, pilihan raya pusingan kali ini kita melihat penggunaan TikTok itu sungguh besar sekali.

“Jadi kita lihat tahun 2022 ini adalah pilihan raya TikTok, 2018 itu ialah pilihan raya WhatsApp dan tahun 2013 pula pilihan raya Facebook.

“Medium itu berubah-ubah tetapi penggunaan media sosial itu penting untuk calon mempromosikan diri tetapi ada batasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk Persaingan Sengit, Pengundi Atas Pagar Macam Mana yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin.

Hadir sama dalam program diacarakan oleh Hazwan Mokhtar dan Fahiz Ariff ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar.

Beliau berkata, kandungan yang disiarkan perlu menarik dan mempunyai ‘wow faktor’ supaya dapat meraih perhatian pengundi yang menggunakan media sosial.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Menurutnya, terdapat tiga perkara yang dilihat pada calon parti iaitu integriti, idea dan ikutan (follower).

“Pengundi atas pagar biasanya akan melihat pada calon berbanding parti. Sebab itu, mereka tidak mengikut pada kepartian kerana mereka ikut pada calon.

“Mereka yang sudah mempunyai ‘follower’ (pengikut) di media sosial itu, mereka lebih senang kalau dinamakan sebagai calon untuk mendekati pengundi-pengundi atas pagar,” ujarnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terap nilai budi di Parlimen: Dr Afifi al-Akiti
  2. Syafiq sentiasa perbaiki mutu karya, tidak pernah putus asa
  3. 'Jangan mudah lupa diri'
  4. Pas dan Annuar Musa
  5. Batik Air tidak gentar hadapi persaingan